Hiburan

Kesihatan Celine Dion Semakin Merosot, Tidak Lagi Mampu Kawal Otot

Share

Khabar duka dikongsikan oleh keluarga Celine Dion mengenai tahap kesihatan terkini selebriti popular berusia 55 tahun itu.

Kakak kepada pelantun lagu My Heart Will Go On itu, Claudette Dion menyatakan bahawa Celine tidak lagi memiliki kawalan ke atas ototnya disebabkan penyakit auto imun sindrom orang kaku.

Dalam satu perkongsian kepada media Kanada, 7 Jours, Claudette Dion menyatakan lagi bahawa Celine bekerja keras untuk mengatasi penyakit itu, namun masa depan untuk kerjaya nyanyiannya tidak pasti.

“Dalam impian kami dan dia, ideanya adalah untuk kembali ke pentas. Dalam keadaan apa? Saya tidak tahu,” ucapnya ringkas.

Imbas kembali, Celine telah mengalami kekejangan otot yang tidak terkawal sejak sekian lama

Pada Januari 2022, dia mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan membatalkan tarikh siri jelajah konsert selepas mengalami kekejangan otot yang teruk.

BACA JUGA: “Kami Belum Jumpa Ubat Yang Berkesan,” – Hidap Sindrom ‘Orang Kaku’, Kakak Celine Dion Kongsi Keadaan Terkini Adiknya

Kemudiannya pada Mei 2023, dalam satu kenyataan semua konsert akan datang yang telah dijadualkan dibatalkan serta-merta.

Untuk pengetahuan pembaca, sindrom orang kaku adalah gangguan neurologi yang tidak boleh diubati yang menyerang otot badan seseorang termasuk jantung dan pita suara.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen