Pelawak dan usahawan, Achey memohon doa ramai mendoakan kesihatan ibunya, Ngaisah Hassan,74, yang merosot.
Berkongsi di Instagram lewat malam tadi, penyanyi lagu Sembuh ini memuat naik sepotong video perjalanannya menziarahi ibu tersayang.
“Kami tangguhkan dulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak merosot. Doakan mak saya,” pinta Achey.
“Doakan mak saya @hajah_ngaisah baik-baik. Mak kuat, insyaAllah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Video sama turut dikongsikan Achey di Insta Stories.
Sementara itu rakan artis dan peminat turut menitipkan doa susulan perkongsian yang dibuatnya.
“Amin… saya doakan mak Achey sihat,” tulis usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
“Allahuakbar. Baru tadi sembang pasal mak. Semoga baik-baik hendaknya sahabat. Baik-baik Nasir. Aku doakan mak segera sembuh, amin,” komen yang ditinggalkan Fad Bocey.
“Semoga dipermudahkan segalanya,” penyayi Black memberikan reaksi.
“Semoga semua baik-baik dan dipermudahkan bang,” komen pelakon dan penyanyi, Wans Ahmad.
“Semoga Allah kurniakan kemudahan buat Bonda, amin,” respon Khai & Rosma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Melangkah Setapak Lagi, Bermula Dari Bekerja Di Rumah,” – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Miliki Wisma Sendiri
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel awal semalam ada bercerita mengenai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri, Wawa Zainal pada peringkat awal yang nyata memberi motivasi kerana akhirnya, impian memiliki wisma sendiri sudahpun direalisasi.
Kongsinya menerusi Instagram, pada peringkat awal perniagaan dijalankan, ia hanya bermula di rumah dan tugasnya ketika itu adalah menghantar barang pesanan pembeli ke Pos Laju.
“Alhamdulillah melangkah setapak lagi . Impian untuk duduk di wisma tercapai..bermula dari bekerja di rumah. Wawa la ambil order whatsapp, wawa la yg tulis order, & saya pulak tukang hantar barang ke poslaju.
“Tak sangka hari ini da ada hampir 20 staff & hampir 1,000 resellers @wawacosmeticshq.
“Ya Rabb terlalu byk nikmat yg kau beri.. pinjam kan la nikmat ini selamanya rabb. Kuat kan kudrat kami utk berusaha lebih lagi demi anak2 di bawah @wawacosmeticshq.
“Kepada @w4w4_zainal .. terima kasih kerana setia bersama saya dari zaman susah dlu.. sehingga skg 😭 doakan kami ya. #BibarakathiYaSayyidi,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk golongan selebriti mengucapkan tahniah atas sukses dan turut medoakan agar bisnes pasangan selebriti ini kekal maju jaya.
Terkini, Aeril ada memuat naik foto meja makan yang menjadi ruang buat keduanya mengembangkan idea bisnes selain melakukan proses penghantaran.
“Kalau orang tanya dimana saya bermula. Di meja ni la segalanya kami bermula. Inilah meja untuk wawa tulis postage,meja utk wawa ambik order.meja untuk bungkus postage.
“Inilah meja utk saya dan wawa fikir idea utk kembangkan business @wawacosmeticshq .. banyak jasanya meja ni,” dedahnya yang turut percaya anak-anak adalah antara pemberi rezeki sekeluarga.
View this post on InstagramA post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Pada Rabu, Aeril dan Wawa ditemu pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana.
Wawa yang dijangka akan bersalin anak ketiganya awal bulan depan menjelaskan, edisi tersebut dikeluarkan sebagai kesinambungan kepada edisit terdahulu, Unicorn Edition.
“Kali ini kami keluarkan dua variasi untuk pek kali ini. Jadi, kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik rona berbeza.
“Selain itu, kami keluarkan ia sebanyak 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini kerana edisi Unicorn terdahulu habis dalam tempoh pantas.
“Jadi kuantiti edisi ini ditambah bagi memberi ruang kepada pembeli untuk merasai sendiri item solekan keluaran Wawa Cosmetics,” jelasnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by WAWA by wawa Zainal ™️ (@wawacosmeticshq) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Sakit Hati Dengan Kehadiran I, Jangan Risau I Wont Be Here Forever,” – Aishah
Penyanyi senior, Aishah menyifatkan dirinya akan berhenti daripada penglibatan di dalam industri seni selepas segala hajat dan impiannya tercapai.
Jelas Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, buat masa ini dia tidak mahu menghirau komen-komen negatif segelintir pihak, sebaliknya hanya akan memberikan sepenuh tumpuan buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Life must go on, buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi. Harapan I di masa taklah lama lagi I akan dapat laksanakan impian-impian I yang belum tercapai.
“Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau, I wont be here forever. Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Aishah turut menambah, sebagai seorang penyanyi niatnya hanyalah untuk menghiburkan hati diri sendiri serta para pendengar dan bukanlah untuk menyebarkan kebencian.
“Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati. Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.
“Tujuan dan definasi lagu itu ialah irama yg menyampaikan cerita. Jangan dicemari keindahan seni itu dgn hati yang kusam dan kosong itu. Jaga diri semua,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Aishah supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.
Baru-baru ini, Aishah merupakan antara finalis di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sumber: Instagram Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya
Setiap pasangan yang bersatu dalam ikatan perkahwinan pasti mengimpikan rumah tangga mereka diserikan dengan gelak tawa cahaya mata sebagai penyeri kepada ikatan yang dibina. Ada yang dikurniakan cepat dan ada yang lambat diberikan rezeki. Semuanya ketentuan Ilahi.
Seperti penyanyi ini, dia dan suami menunggu selama dua tahun sebelum hamil.
Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah yang popular dengan lagu Lagi Syantik ini telah mengumumkan kepada umum yang dia kini sedang berbadan dua. Dia yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon, Krisjiana Baharudin pada tanggal 25 Julai 2019 berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut di laman Instagramnya.
Kongsinya, “Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah tahun ini mendapatkan hadiah besar yang tidak ternilai harganya dari Allah swt. Dua tahun kita menanti saat-saat ini, masih terasa tak percaya sampai saat ini bahawa Allah menitipkan janin di dalam rahimku. Akhirnya aku merasakan apa yang aku ingin sekali rasakan selama ini. Terimakasih ya Allah.”
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat dia memeluk suaminya sambil menunjukkan alat penguji kehamilan yang menandakan dia positif hamil. Berkongsi lanjut tentang kandungannya, wanita cantik ini menjelaskan yang dia hamil seminggu sebelum usia perkahwinannya dan suami mencecah dua tahun.
“Pernikahan aku dan Krisjiana pada tanggal 25 Julai 2019, dan Allah memberikan hadiah terindah untuk kita seminggu sebelum ulang tahun pernikahan kita yang kedua. Masyallah Alhamdulillah,” ujarnya mamanjat kesyukuran kepada yang maha Esa.
Kini dengan usia kandungan memasuki 17 minggu ataupun empat bulan, Siti Badriah memohon doa dari semua agar anaknya selamat di dalam kandungan. Paling comel, penyanyi ini memanggil anaknya baby fruit sebagai nama manja.
Sedikit informasi mengenai penyanyi ini, namanya mula mekar dalam industri hiburan dek populariti lagu Lagi Syantik yang bukan sahaja menawan peminat muzik Indonesia bahkan lagu tersebut mendunia setelah menjadi popular di TikTok.
Buktinya, pada tahun 2018 Siti Badriah menduduki kedudukan nombor 12 dalam carta Billboard bagi kategori YouTube menerusi lagu berhantunya itu. Sehingga kini muzik video lagu tersebut telah ditonton lebih 650 juta kali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI