Juara program Gimme The Mic Malaysia 2024, Farhan Mustapha bakal membuat persiapan rapi menjelang saingan Gimme The Mic Global tidak lama lagi.
Menurut Farhan, intensiti pertandingan di peringkat global pastinya lebih sengit memandangkan para peserta terdiri daripada kalangan yang terbaik dari setiap negara.
“Saya akan menambah baik penghayatan dalam persembahan ketika bertanding di peringkat global nanti. Saya juga harus mengenal pasti pemilihan lagu-lagu yang tepat.
“Saya pun belum tahu bagaimana format dan suasana ketika pertandingannya itu nanti. Hanya saya tahu setakat ini ialah, kami akan bertanding dengan barisan peserta dari pelbagai negara.
“Saya menjangkakan saingannya nanti akan lebih sengit dan mencabar,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Farhan menyifatkan tuah menyebelahinya pada malam kemuncak saingan.
Ads
“Sejujurnya saya tidak berada di tahap yang terbaik pada malam final. Kedua-dua lagu tersebut saya bawakan dalam keadaan berhati-hati.
“Ketika sound check, suara saya memang dah teruk sangat. Namun, saya tekankan kepada penghayatan. Pada saya, jika nyanyian saya tidak sampai kepada pihak juri dan penonton, saya tak puas dan anggap persembahan itu gagal.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya,” ujarnya lagi.
Farhan turut hadiahkan kemenangan tersebut kepada isteri dan anak.
Ads
“Program ini berlangsung selama lapan minggu. Sudah lebih dua bulan saya tidak bertemu dengan isteri dan anak. Ada ketika anak saya tidak sihat.
“Bila dengar anak tak sihat, saya agak terkesan dan risau. Kemenangan ini adalah untuk anak dan isteri yang banyak berikan sokongan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Farhan berharap agar kemenangan di Gimme The Mic Malaysia ini bakal menjadi titik tolak untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
Ads
“Saya mula tebar roti canai selepas berkahwin pada 2022. Sejujurnya, ketika itu, saya memang sedang diuji dengan masalah kewangan. Dalam ketika saya sibuk bekerja sebagai penebar roti canai, saya nampak iklan Gimme The Mic.
“Pada mulanya memang ada perasaan trauma kerana saya sering gagal bila masuk program nyanyi di tv sebelum ini. Namun, saya kuatkan semangat dan percaya kepada rezeki.
“Daripada beribu peserta yang mendaftar, saya lepas Top 100, Top 50, Top 30 dan sampailah menjadi juara,” akhirinya.
Terdahulu, Farhan telah dinobatkan selaku juara Gimme The Mic Malaysia seterus membawa pulang hadiah keseluruhan hampir RM29,000.
Farhan juga bakal mengetuai cabaran bersama lima peserta Grand Six yang lain di peringkat global.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Terima kasih banyak2 Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yg kami dapat. Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yg berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.
“Betul kata ustaz apa yg berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah,mohon dengan Allah. Tidak perlu cerita kepada sesiapa yg alami adalah diri kita.
“Kita saja yg tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jangan lupa dekat Allah,sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar Mawar terus kuat dan turut simpati atas apa yang berlaku di dalam kisah hidupnya sebelum ini.
Dua minggu lalu, bahtera perkahwinan di antaranya bersama Fizo ternokhtah apabila pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bangi.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Maryam yang setakat ini berada di bawah penjagaan Mawar.
Foto : Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal Hollywood yang sinonim menerusi filem Batman Forever, Joel Schumacher dilapor meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di New York akibat kanser.
Terdahulu, selain Batman Forever, Schumacher pernah terlibat di dalam beberapa buah filem box-office berbajet besar seperti Batman & Robin, St Elmo’s Fire dan banyak lagi.
Memetik agensi publisiti ID-PR dalam kenyataan kepada AFP, mendiang meninggal dunia pagi ini, waktu tempatan selepas berjuang melawan kanser sejak setahun lalu.
“Beliau meninggal dunia akibat kanser pagi ini selepas berjuang melawan penyakit itu sejak setahun lalu.
”Sudah pasti kehilangan besar ini akan dikenang semua rakan-rakan dalam industri filem,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura menarik perhatian ramai selepas membuat persembahan menyampaikan lagu ‘Make You Feel My Love’ nyanyian asal penyanyi antarabangsa, Adele.
Fazura menyanyikan lagu tersebut secara duet bersama penyanyi Indonesia, Kalya Islamadina menerusi sesi podcast, Makna Talks.
Video nyanyian tersebut turut dimuat naik menerusi laman Instagram Fazura dan Makna Talks.
Menurut pengendali akaun Instagram Makna Talks, lagu ini sememangnya sangat bermakna buat Fazura kerana ia sering kali dinyanyi buat anaknya, Nur Fatima Aisya sebelum tidur.
“Persembahan ini penuh dengan pesona murni. Fazura dan Kayla mencurahkan isi hati mereka untuk membawakan lagu Adele ‘Make You Feel My Love’
“Yang menjadikan persembahan ini lebih istimewa selepas kami mengetahui lagu ini mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura yang sering menyanyikannya sebagai lagu lullaby buat anaknya.
“Bait lirik ‘to make you feel my love’ adalah janji tulusnya untuk sentiasa ada,” tulis pengendali akaun Makna Talks.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memujian nyanyian Fazura yang disifatkan amat menyentuh hati.
“Melodi ini sangat sesuai dengan awak.
“Kak Faz menyanyikan lagu Inggeris dengan sangat hebat. Saya rasa apa yang awak rasa.
“Sedap suaranya menyanyikan lagu Inggeris.
“Awak bagus dalam genre yang betul.
“Mungkin kekuatan awak lebih kepada lagu Inggeris,” antara komen-komen netizen.
Malah ada rakan artis yang turut menitipkan komen membina seperti Zarina Zainuddin, Lufya, Puteri Sarah Liyana, Ippo Hafiz dan ramai lagi.
Sekadar informasi, Makna Talks menjadi antara program podcast popular dan mempunyai pengikut yang ramai di Indonesia.
Baru-baru ini, Fazura ke negara jiran itu bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura & Makna Talks
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua anak lelaki kepada pasangan selebriti terkenal, David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Romeo Beckham dan Brooklyn Beckham, dilaporkan tidak lagi bertegur sapa berikutan...