Juara program Gimme The Mic Malaysia 2024, Farhan Mustapha bakal membuat persiapan rapi menjelang saingan Gimme The Mic Global tidak lama lagi.
Menurut Farhan, intensiti pertandingan di peringkat global pastinya lebih sengit memandangkan para peserta terdiri daripada kalangan yang terbaik dari setiap negara.
“Saya akan menambah baik penghayatan dalam persembahan ketika bertanding di peringkat global nanti. Saya juga harus mengenal pasti pemilihan lagu-lagu yang tepat.
“Saya pun belum tahu bagaimana format dan suasana ketika pertandingannya itu nanti. Hanya saya tahu setakat ini ialah, kami akan bertanding dengan barisan peserta dari pelbagai negara.
“Saya menjangkakan saingannya nanti akan lebih sengit dan mencabar,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Farhan menyifatkan tuah menyebelahinya pada malam kemuncak saingan.
“Sejujurnya saya tidak berada di tahap yang terbaik pada malam final. Kedua-dua lagu tersebut saya bawakan dalam keadaan berhati-hati.
“Ketika sound check, suara saya memang dah teruk sangat. Namun, saya tekankan kepada penghayatan. Pada saya, jika nyanyian saya tidak sampai kepada pihak juri dan penonton, saya tak puas dan anggap persembahan itu gagal.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya,” ujarnya lagi.
Farhan turut hadiahkan kemenangan tersebut kepada isteri dan anak.
“Program ini berlangsung selama lapan minggu. Sudah lebih dua bulan saya tidak bertemu dengan isteri dan anak. Ada ketika anak saya tidak sihat.
“Bila dengar anak tak sihat, saya agak terkesan dan risau. Kemenangan ini adalah untuk anak dan isteri yang banyak berikan sokongan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Farhan berharap agar kemenangan di Gimme The Mic Malaysia ini bakal menjadi titik tolak untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.
“Saya mula tebar roti canai selepas berkahwin pada 2022. Sejujurnya, ketika itu, saya memang sedang diuji dengan masalah kewangan. Dalam ketika saya sibuk bekerja sebagai penebar roti canai, saya nampak iklan Gimme The Mic.
“Pada mulanya memang ada perasaan trauma kerana saya sering gagal bila masuk program nyanyi di tv sebelum ini. Namun, saya kuatkan semangat dan percaya kepada rezeki.
“Daripada beribu peserta yang mendaftar, saya lepas Top 100, Top 50, Top 30 dan sampailah menjadi juara,” akhirinya.
Terdahulu, Farhan telah dinobatkan selaku juara Gimme The Mic Malaysia seterus membawa pulang hadiah keseluruhan hampir RM29,000.
Farhan juga bakal mengetuai cabaran bersama lima peserta Grand Six yang lain di peringkat global.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nisha Dirr menzahir rasa dukacita selepas memaklumkan bapanya, Nik Dir Nik Hussin telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Khamis.
Khabar menyedihkan itu dikongsikan sendiri oleh Nisha menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Ayah kandung saya telah menghembuskan nafas terakhir petang tadi.
“Ya Allah ampunkan la dosa Ayahku. Tempatkan la Abah di kalangan orang yang beriman, tulisnya.
Menerusi entri yang sama, pelakon filem, Man Laksa ini turut memanjatkan doa semoga bapanya itu terhindar daripada azab yang berat dan ditempatkan di syurga.
“Moga terhindar dari azab kubur, terhidar dari azab padang mashar, terhindar dari azab api neraka.
“Masuklah abah Nik ke dalam syurga dengan belas ehsan dan rahmat mu ya Allah,” pintanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nisha.
“Salam takziah dear. Semoga diberikan ketabahan. Al-Fatihah,” balas Zarina Zainoordin.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga beliau bersama yang beriman dan sejahtera di taman syurga. Salam takziah juga buat seisi keluarga,” tulis Arja Lee.
“Salam takziah. Al-Fatihah buat arwah,” kata Sharifah Shahora.
“Salam takziah Nisya. Semoga roh arwah ayahanda ditempatkan bersama orang-orang beriman,” komen Aznah Hamid.
Beberapa hari lalu, Nisha turut kehilangan bapa tirinya yang meninggal dunia pada Ahad.
Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada menulis satu twit di laman media sosial Twitter miliknya.
Menerusi twit tersebut, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fazli Yaakob ada memberi nasihat kepada para suami di luar sana bagaimana untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini itu berkata para suami haruslah bersikap ringgan tulang untuk membantu isteri menguruskan hal rumah tangga.
“Actually bukan perempuan yg pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga,
“tetapi si suami yg rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak- bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja!,
“Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?,” tulisnya.
Actually bukan perempuan yg pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga,tetapi si suami yg rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak- bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja! Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?
— Dato' Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) July 5, 2019
Lantas, kata-kata yang ditulis Fazley telah menjadi perhatian netizen.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh Fazley terutama sekali para isteri.
Tidak salah untuk para suami meringgankan tulang untuk membantu para isteri menguruskan hal rumah tangga, sedikit sebanyak boleh mengeratkan hubungan suami isteri.
Foto : Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Maria Tunku Sabri memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang selepas tahap kesihatannya dilaporkan menurun akibat jangkitan wabak Covid-19.
Menurut Maria, ketika diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, bacaan darahnya dilaporkan menurun dan degupan jantungnya juga dikatakan bergerak dengan sangat laju.
Meskipun tempoh kuarantinnya hanya berbaki tiga hari lagi, namun Maria terpaksa dibawa menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan susulan dan pemantauan rapi.
“Pengakhirannya saya ke Maeps. Lagi tiga hari sahaja kuarantin, saya diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang. Saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam.
“Allahuakbar, subhanallah, aku reda Ya Allah. Aku terima sakit penghapus dosa, insya-Allah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Jalan-Jalan Cari Makan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Rabu.
Dikesempatan itu juga, Maria turut memohon maaf dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya.
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.
Menerusi klip video yang dikongsikan itu, Maria turut dilihat mengalirkan air mata saat menaiki ambulans.
Menilihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Maria.
“It’s okay you will be fine,” kata Nad Zainal.
“Semoga Kak Maria cempat sembuh dan semuanya dipermudahkan buat kak Maria. InsyaAllah Aminn,” doa pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain.
“Syafakillah kak. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar pelakon dan juga penyanyi, Erra Fazira.
Beberapa hari lalu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Maria memaklumkan berkemungkinan besar dia dijangkiti Covid-19 daripada suaminya ketika berada di Ipoh, Perak.
Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Terima kasih daddy Fatima.”Demikian respon aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura selepas menerima jambangan bunga daripada suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.