Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mempersoalkan tindakan suaminya berkongsi video dan gambar bersama anak-anak dalam Instagram (IG) ketika proses tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) bakal berlangsung.
Tidak mahu menimbulkan kekeliruan, Nurul Shuhada atau nama sebenar, Nurul Shuhada Mat Shukri menjelaskan entri yang dimuat naik oleh Hafidz ketika bertemu dengan anak-anak di Perlis itu, itu sudah lama diambil, bukannya baru seperti disangka ramai.
“Perjumpaan tersebut bukannya kelmarin. Sebenarnya dah lama sangat dah perjumpaan itu. Mungkin dia baru muat naik video bersama anak-anak semalam sebab hari ini (Isnin) ada prosiding tuntutan hadanah.
“Sudah tiga minggu ketika dia berjumpa anak-anak di Perlis. Apa tujuannya dan untuk apa?,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Nurul Shuhada turut menempelak Hafidz dengan mendakwa kemelut yang berpanjangan mengenai hak penjagaan anak adalah berpunca daripada dirinya sendiri.
“Kenapa kita pula yang kena bayangkan perasaan dia? Dia yang pilih semua ini.
Ads
“Pegawai sulh pun sudah bagi nasihat tadi. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan anak-anak juga,” ujarnya lagi.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui setelah selesai proses hadanah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.
Sementara itu, Shuhada turut mempersoalkan motif Hafidz mencipta akaun Instagram buat anak-anak baru-baru ini.
“Mungkin dia ada nak tarik perhatian sesiapa. Sebelum ini tiada pula sebegitu. Sepanjang tempoh kami bersama, tiada pula dia nak kongsi gambar atau buat akaun Instagram anak-anak.
Ads
“Sepanjang anak dia hidup, soal akaun Instagram ni dia tak pernah nak ambil tahu pun. Saya yang banyak kongsi fasal anak di media sosial.
“Semua orang tahu yang saya ini tak berapa aktif di media sosial dahulu. Kongsinya gambar pun sekali-sekala sahaja.
“Tiba-tiba dia nak adakan akaun media sosial untuk anak-anak pula. Saya pun tertanya-tanya kenapa dan untuk apa,” ulasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshd berkongsi video dan foto momen manis bersama dua anaknya, Humairah dan Umar di Perlis.
Malah, Hafidz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya itu.
Sementara itu, rosiding hadanah yang berlangsung pada Isnin gagal menemui jalan penyelesaian dan akan bersambung pada 12 September depan.
Sebelum ini, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce kini hamil empat bulan dan perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh selebriti tinggi lampai ini pada Ahad.
Berita gembira tersebut dimaklumkan Ain menerusi satu video berdurasi lebih 13 minit yang dimuat naik menerusi akaun YouTube.
“Banyak sangat persoalan, orang tanya Ain nampak baby bumplah, Ain mengandung ke? Berseri lain macam, badan dah berubah.
“Saya inilah masanya untuk saya berkongsi dengan semua khusus pada orang yang sayang pada saya.
“Ya, alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak berani beritahu apa-apa sebab terlalu awal dan sekarang, saya sudah boleh kongsikan pada semua,” katanya.
Ain antara lain turut berkongsi detik awal menerima berita tersebut menerusi video yang telah pun ditonton hampir 800,000 kali itu.
Sementara itu menerusi Instagram, hos program Pencarian Hero Remaja 2020 itu juga turut memuat naik video kejutan yang dibuat terhadap suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.
Amirul yang pada awalnya terkejut dan tidak percaya apabila mendapat tahu berita itu turut rasa gembira selepas ditanya Ain apakah perasaannya apabila bakal bergelar bapa.
Malah momen kejutan yang dibuat terhadap suami turut menerima pelbagai reaksi pelayar YouTube.
Pelakon Kekasih Paksa Rela itu turut mengabadikan momen sama bersama keluarga dan teman rapatnya.
Meminta ramai agar mendoakan agar kandungannya sihat, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember, tahun lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Ikuti video penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Aeril Zafrel meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir sikap masyarakat yang suka bersangka buruk mengenai niat seseorang.
Menurut Aeril, jika kita tidak mampu untuk mendoakan kebaikan orang lain, jangan pula kita menyebarkan kebencian.
Haritu sy ada pos tentang niat sy utk bayr zakat setiap bulan.serta mengajak&mengingatkan kepada mereka yg berniaga untuk melakukan ibadat wajib ni. Jika kita tidak mampu untuk mendoakan,jgn kita menjadi asbab menyebarkan kebencian. ‘niat itu urusan hati,HATI itu urusan iLAHI…. pic.twitter.com/Y5ZG1DXktF
“Haritu saya ada pos tentang niat saya untuk bayar zakat setiap bulan.
“Serta mengajak & mengingatkan kepada mereka yg berniaga untuk melakukan ibadat wajib ni.
“Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian.
“Niat itu urusan hati, HATI itu urusan Illahi,” tulisnya.
Menurut suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu lagi, niatnya berbuat demikian hanyalah untuk menggalakkan lagi para peniaga untuk menyumbangkan zakat kepada mereka yang memerlukan.
Rasa terkilan itu dikongsikan oleh Aeril menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Aeril supaya tidak mempedulikan kata-kata negatif itu dan teruskan sahaja dengan niat murnianya itu.
Terhadulu, Aeril memasang hajat untuk untuk menghulurkan zakat pada setiap bulan semenjak perniagaannya bertambah maju sejak kebelakangan ini.
Sumber: Twitter Aeril Zafril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berjaya mencipta nama menerusi lagu Aroma, penyanyi dah pelakon, Shalma Eliana kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul Rambang.
Masih mengekalkan gandingan Mas Dewangga serta Firdaus Rahmat sebagai komposer dan penulis lirik, Shalma menjelaskan lagu ini sebenarnya banyak berkait rapat mengenai kehidupannya sebelum ini.
Jelas Shalma, lagu Rambang ini sebenarnya menceritakan mengenai seseorang yang mudah tertipu dengan setiap kebaikkan yang berlaku di dalam dunia ini sedangkan ia hanyalah bersifat pura-pura
“Sudah tentu lagu ini ada kena mengena dengan saya. Sebenarnya saya ni datang dari keluarga yang tak terlalu terdedah dengan pergaulan bersama orang luar. Saya ni sejak kecil memang duduk rumah sahaja.
“Bila saya berumur 18 tahun, barulah saya mula keluar dan bercampur dengan orang. Kiranya ‘melepak’ bukan sesuatu yang biasa buat saya. Bila saya mula bergaul, saya merasakan semua orang yang saya jumpa adalah baik,” katanya kepada MH.
Adik kepada pengacara, Shalma Ainaa ini berkata sedemikan ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Rambang yang diadakan secara vitual pada Selasa.
Katanya lagi, perkara seperti ini telah banyak mengajarnya untuk menjadi lebih matang terutamnya dalam menilai hati budi orang lain.
“Saya tak rasa pun dunia ini kejam tapi bila dah berjumpa dengan ramai orang, rupanya ramai yang pura-pura baik. Bila di belakang mereka sebenarnya menikam kita. Kemudian baru saya faham yang perkara tersebut adalah normal dalam kehidupan.
“Saya rasa semua orang akan melalui perkara tersebut. Bila kita dah faham, kita akan jadi lebih kuat dan pandai menilai orang lain,” ujarnya lagi.
Langsung ditanya mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi, Ismail Izzani, ini reaksi yang diberikan oleh bintang berusia 21 tahun ini;
“Sebenarnya bila PKP ni memang kami rasa agak jauh sikit sebab sebelum ini kami selalu meluangkan masa bersama. Kami ada merancang untuk masa hadapan kerana hubungan kami memang serius tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat.
“Saya ingin menamatkan pengajian saya dahulu dan saya ada banyak lagi yang perlu saya capai. Mungkin pada umur 25 siapa tahu. Ibu bapa saya pun minta saya kejar cita-cita dulu. Doakan yang baik-baik,” akhirinya.
Terdahulu, lagu Rambang kini sudah boleh mula didengar diseluruh platform penstiman manakala lirik videonya pula kini sudah boleh ditonton di saluran Youtube Shalma Aina sendiri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.