“Ketika Di Manila, Mereka Selalu Sokong & Bantu Saya,” – Sebab Tak Fasih Melayu, Yazmin Aziz Dedah Sering Jadi Mangsa Buli

Share

Penyanyi dan selebriti media sosial, Yazmin Aziz meluahkan rasa sedih selepas mendedahkan dirinya sering kali menjadi mangsa buli gara-gara kurang fasih bertutur di dalam Bahasa Melayu.

Menurut Yazmin, insiden seperti ini kerap kali berlaku semanjak dia berpindah ke Kuala Lumpur.

“Semenjak saya berpindah ke Kuala Lumpur, saya sering kali melalui pengalaman dibuli secara fizikal, percakapan dan virtual sepanjang hidup saya.

“Kebiasaannya kerana saya kurang fasih bertutur di dalam Bahasa Melayu,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bingang Big Stage 2022 itu menerusi sebuah ciapan di aplikasi Twitter.

Bagaimanapun, Yazmin memaklumkan situasi sama tidak pernah dilaluinya sewaktu dia menjejakkan kami di bumi Filipina satu ketika dahulu.

Bahkan, orang-orang di sana dikatakan tidak pernah merendah-rendahkan dirinya sebaliknya banyak membantunya untuk menguasai bahasa tersebut.

“Berbeza pula ketika saya berpindah ke Manila. Bahasa Tagalog saya pun tidak bagus juga tetapi mereka banyak menyokong dan membantu saya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Yazmin.

“Tak perlu hiraukan mereka bespren. Peminat anda semua di belakang awak.

“Tak mengapa bespren. Kami sentiasa menyokong awak.

“It’s okay bespren. Ambil masa yang you perlukan. Jangan paksa diri. Belajar ikut kemampuan you. Asalkan niat nak belajar tu ada teruskan je.

“Video-video awak semua kelakar. Teruskan je.

“Ramai orang sayang awak. Fokus pada itu sahaja bespren,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Yazmin merupakan pemenang tempat ke-4 program realiti nyanyian Big Stage 2022.

Selain menyanyi, Yazmin juga aktif menghasilkan konten-konten menarik di kebanyakkan platform media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter & Instagram Yazmin Aziz

Published by
Aizam Manaf