Pernah berdepan dengan kontroversi beberapa tahun lalu, penyanyi Haqiem Rusli kini bangkit dengan lebih matang.

Kongsi pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini, dia akui bahawa karier seninya bagaikan sudah berakhir apabila isu tersebut melanda dirinya.

“Ketika itu saya fikir orang ramai dah tak boleh terima saya dalam industri hiburan akibat kisah kontroversi tersebut, tetapi Alhamdulillah mereka tetap memberi semangat kepada saya dan mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

“Sekali gus, saya belajar daripada kesilapan lalu. Perkara yang lepas membantu saya dan ini juga mungkin merupakan percaturan dalam hidup saya yang telah ditentukan oleh Allah,” katanya kepada MH. 

Haqiem ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Ikon Selebriti Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) yang diadakan di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya pada Selasa.

Ads

“Ketika Itu Saya Fikir Orang Ramai Dah Tak Boleh Terima Saya,” – Haqiem Rusli

Tambah penyanyi berusia 22 tahun ini, isu tersebut menjadikan dia kini lebih matang dalam menguruskan kehidupan.

“Dari hari ke hari saya belajar erti kematangan dan belajar dari kesilapan. Sekali gus, saya berubah dari arah negtif ke arah positif.

Ads

“Sekiranya perkara tersebut tak berlaku pada saya, mungkin saya tak dapat bertahan sehingga sekarang. Jadi, saya belajar dari kesilapan untuk kearah yang lebih positif,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Haqiem muncul dengan single terbaru berjudul Bangkit.

Malah, lagu hasil ciptaan sepenuh olehnya diinspirasikan berdasarkan kisahnya sebelum ini yang sering dikecam di kalangan rakan artis dan netizen.

Ads

Sementara itu, Haqiem dan Baby Shima merupakan ikon selebriti bagi Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) bagi golongan muda untuk menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Program tersebut akan dilaksanakan di setiap negeri bermula 13 hingga 15 Mac ini dan 2 hingga 4 April ini.

“Ketika Itu Saya Fikir Orang Ramai Dah Tak Boleh Terima Saya,” – Haqiem Rusli “Ketika Itu Saya Fikir Orang Ramai Dah Tak Boleh Terima Saya,” – Haqiem Rusli

https://www.youtube.com/watch?v=fDtbR6sUBkM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI