Penyanyi, Nadeera Zaini menzahirkan rasa syukur selepas ada beberapa pihak yang sudi untuk menaja pembikinan muzik video bagi single terbaharunya yang berjudul Emas.
Menurut Nadeera, khabar gembira itu diterimanya selepas dia membuat luahan di media sosial gara-gara ada segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sebagai pengemis kerana secara terbuka memohon bantuan dana.
“Kalau ikutkan, saya pun masih baru di dalam industri ini dan perlukan bantuan. Saya rasa, saya tidak ada buat silap tapi ada segelintir pihak kerap menghantarkan mesej di media sosial mengatakan saya ini seperti mengemis pula.
“Saya agak sedih kerana saya bukan mengemis. Saya hanya buat perkara yang betul.
“Alhamdulillah, saya merima pelbagai respon positif dan kini saya telah temui hampir empat potensi penaja. InsyaAllah kita akan berjumpa mereka untuk perbincangan susulan,” katanya kepada MH.
Juara Big Stage 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Rabu.
Ads
Jelas Nadeera, kos pembikian muzik video menelan belanja hampir RM100,000 namun, dia belum boleh menggunakan wang kemenangan Big Stage 2023 kerana masih di dalam proses.
“Itu merupakan usaha saya. Daripada saya berdiam diri dan menunggu sahaja, itu pun tak seronok juga. Pada saya, saya perlu berusaha keras.
“Mungkin saya sudah bekerja keras sebelum ini tapi Allah nak saya berusaha lebih lagi.
Ads
“Jadi, ini merupakan antara perkara yang saya lakukan untuk ketengahkan karya saya ini. Namun, maklum balas yang tak sedap pula saya terima,” ulasnya lagi.
Jelas Nadeera lagi, dia sudah tidak boleh berdiam diri lagi memandangkan dakwaan tersebut sangat melampau.
“Ketika itu, saya agak murung dan emosi agak terganggu. Jadi, saya tak fikir panjang dan muat naik hantaran itu. Saya terpaksa cakap juga dan tak boleh berdiam lagi.
Ads
“Saya pun sudah banyak kali terima dm orang bercakap tentang fizikal saya. Kali ini saya kena bercakap juga. Yang DM ada dari kalangan akaun palsu dan akaun sebenar juga,” akhirinya.
Terdahulu, Nadeera bakal membuat kemunculan pertama di Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung pada 23 November ini di Zepp, Kuala Lumpur
Selain Nadeera, lima lagi selebriti terkenal bakal memeriahkan konsert ini antaranya Naim Daniel, Ismail Izzani, Aisha Retno, Neeta dan Bunkface.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nadeera Zaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan jurulatih kecergasan yang pernah menjadi teman rapat pengasas kosmetik sensasi Nur Sajat, Coach Yin meminta ramai supaya tidak lagi bertanya soalan mengarut melibatkan penyanyi Makhluk Penggoda itu kepada dirinya.
Malah, Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrrin Mohd Adnan itu turut memaklumkan meski dia sudah tidak mahu dikaitkan dengan Sajat, namun hubungannya bersama dua anak pengasas kecantikan itu masih sama seperti biasa.
Menerusi Instagram, Coach Yin menulis di ruangan kapsyen secara terperinci.
“Kepada anda semua.cukup2 lah tnye soalan2 mengarut tentang Sajat kepada sy.sy Dan día dah tiada apa2 dah….dia dah pilih jalan y terbaik utk dia..sy pun dah move on.dan sy dah happy dgn life sy skrg.
“Walaupun kami dah Tiada apa2 ,akn tetapi hubungan ank2 dgn sy tetap sama seperti biasa…xperlu utk sy sebarkn aib dia kepada anda..ape y lepas biar lepas.setiap ape y tarjadi semua ada hikmah..kita doakn baik2 shj utk mereka.
“Ape2 soalan berkaitan dgn Sajat ,anda boleh tnye jadoo die. Saya dh xde kene mengena dgn dia.dan xperlu lah sy nk membuka aib ..setiap perbuatan baik akn dibalas baik ….sy doakn smoga dia sentiasa dimurahkn rezeki,” tulisnya panjang lebar.
Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang telah pun selamat melahirkan melahirkan bayi perempuan pada jam 1.15 tengahari, pada Jumaat.
Selain menzahirkan rasa syukur, Azrinaz turut menyatakan anak keempatnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi dan pembedahan.
“Assalamualaikum WBT. A grand adventure is about to begin! Malaykha, my husband and I would like to announce the arrival of the latest addition to our small humble family, the number four who grow and out from my belly.
“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1:15 tengahari.
“It was a smooth normal delivery without any complication and surgery. I would like to thank you for your continuous do’a and support given to me during this whole pregnancy.
“Here we grow again!,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram yang sekali gus dihujani dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik daripada rakan serta pengikutnya.
Terdahulu, Azrinaz turut mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018, iaitu Areesya Malaykha,2.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima lebih 20,000 tanda suka di kalangan pengguna media sosial Instagram.
Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi Faizal Tahir telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik, rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat Faizal dan Zamani menyahut cabaran untuk memakan makanan pedas ‘Samyang’ sambil menyanyi.
“Sampai sekarang taktau ‘melenyau’ tu apa bang @zamanislam_official Tolong. Sape tau melenyau tu apa?”tulisnya.
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...