Nampaknya isu putus tunang di antara pelakon cantik, Elfira Loy dan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi kembali hangat diperkatakan.
Sekarang ini ibu kepada Elfira menjadi tumpuan netizen kerana didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram yang dikatakan ada kaitan dengan Sufian.
Dalam pada itu juga MH terbaca juga beberapa sumber yang mengeluarkan kenyataan daripada bapa Elfira sendiri, Ahmad Sabri Ariffin bahawa dia sebenarnya sudah tawar hati sejak di hari pertunangan lagi.
“Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya dah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.
“Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.
“Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu,” katanya kepada Rojak Daily.
Menurut bapa Elfira juga, dia dan ibu Elfira turut terkesan apabila dituduh sebagai mata duitan dan menjadi punca utama putus tunang antara dua selebriti ini.
“Kenapa ada yang beranggapan wang jumplah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa di majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.
“Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia masih belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira,” katanya lagi.
Katanya lagi bukan setakat itu sahaja, Elfira juga dituduh merosakkan kebahagiaan cinta Sufian yang terdahulu dan dia yakin baha Sufian ada jawapan yang tepat dan perlu jujur dengan hal sebenar.
“Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimabangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya Percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini,” katanya lagi.
Sumber: Rojak Daily