Hiburan

“Ketika Menari, Saya Rasa Ditindih,” – Kerap Diganggu Waktu Shooting, Masayu Anastasia ‘Berkawan’ Dengan Ular

Share

Pelakon terkenal Indonesia, Masayu Anastasia akui berdepan pelbagai pengalaman mistik sepanjang penggambaran filem terbaharu, Paku Tanah Jawa.

Menurut Masayu, ketika melakonkan babak tarian, dia merasakan dirinya seakan ditintih sehingga bahunya berasa sangat berat.

“Dalam penggambaran filem ini, saya memang banyak lalui pengalaman mistik. Ketika hari pertama berada di Jogja, sewaktu saya berlatih menari, bahu saya terasa sangat berat seperti ada yang menindih.

“Saya juga sesak nafas dan tidak dapat menggerakkan leher ke kiri atau kanan untuk beberapa hari.

“Namun, selepas saya menanggalkan baju kebaya merah dan membuka segala eksesori tarian, rasa tertindih itu hilang.

“Saya bersyukur kerana saya bukan seorang yang penakut. Jadi, saya banyakkan berdoa dan segalanya berakhir di situ sahaja,” katanya kepada MH.

Masayu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis tayangan perdana filem Paku Tanah Jawa yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Filem yang menceritakan mengenai seorang wanita yang membuat perjanjian bersama syaitan dan jelmaan ular, Masayu akui harus memberanikan diri untuk masuk ke dalam kolam yang mempunyi tujuh ekor ular di dalamnya.

“Mungkin kerana saya sudah bersahabat dengan ular, jadi tiada apa yang perlu saya takutkan lagi. Bila babak bersama ular selesai, saya tak boleh terus pulang.
Saya kena bermain dan selesakan diri dengan ular.

“Ketika babak di dalam kolam, ada tujuh ekor ular di situ. Yang paling panjang adalah tujuh meter. Penggambaran dijalankan pada pukul 1 pagi.

“Saya jadi berani untuk berlakon babak bersama ular atas dasar profesionalisme untuk menghasilkan naskah yang baik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Masayu menerima dengan hati yang terbuka apabila ada beberapa babak panas yang terpaksa dipotong untuk tayangan di Malaysia.

“Agak sayang juga bila ada beberapa babak yang terpaksa di potong di Malaysia. Pada saya, adegan tersebut tidaklah terlalu panas tetapi kita juga harus mengikut peraturan di sini.

“Saya okay sahaja sekirang jalan cerita filem ini sampai kepada penonton,” akhirinya.

Terdahulu, filem Paku Tanah Jawa ini merupakan hasil kerjasama dua negara diantara penerbit Malaysia, Armani Entertainment dan pengarah Indonesia Bambang Drias.

Filem ini juga telah berjaya meraih lebih 430,000 penonton atau sebanyak RM6.45 juta kutipan box office di Indonesia.

Selain Masayu, naskhah ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Gisellma Firmansyah, Wafda Saifan Lubis, MK K-Clique dan Hasif Upin.

Paku Tanah Jaya Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf