Pengacara dan pelawak, Ain Sufia atau sinonim dengan panggilan Ain Awok ada berkongsi berita cerita bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman, telah mengimbau kembali kenangan saat melahirkan anak pertamanya, Indah Nufa pada tahun lalu.
“HADIAH DARIPADA ALLAH. 30 Oct 2019 jam 1.29 tengah hari, hari ni genap setahun anak Ibu @indah.nufa dilahirkan ke dunia.
“Masa ni, ketika nurse tunjukkan baby selepas bersalin, ibu tak tahu nak rasa apa. Suka ke sedih ke ntah. NO FEELING. Masa tu hanya fikir. ‘Owh baby dah keluar. Haa okay’ Tu je.
“Ayah dia yg kat sebelah tu yang nangis. Lama2 barulah boleh adapt,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ain turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu.
“Allah bagi nikmat mengandung, menjadi ibu pada waktunya. Allah Maha Mengetahui. Genap 9 bulan ibu kawen dgn ayah @matnor_forza, tibalah hadiah drpd Allah ini.
“Kehadiranmu membawa cahaya rahmat berkat rezeki dalam keluarga kita. Indah Nufa telah mengubah ibu menjadi insan yg lebih baik insyaallah.
“Drpd semalam belek2 gambar nak bersalin ibu nangis. Panjang doa ibu dlm solat dan ibu sedekahkan bacaan Yassin utk Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, kepada sahabat2 dan ahli keluarga Baginda, saudara kita yg sudah mendahului kita dan tak lupa buat Anak ibu semoga yg baik2 sepanjang hidupmu.
“Ibu masih belajar menjadi ibu yg baik dlm mendidik membesarkan anak ibu. Semoga INDAH NUFA menjadi anak solehah bijak pandai, menjadi hafizah Al- Quran, sihat selalu dan sentiasa mengINDAHkan keluarga kita. Aminn. Love, Ibu,” tulisnya lagi panjang lebar.
Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib, 33 pada 1 Februari 2019.
Foto : Instagram Ain Sufia