Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan single batu berjudul Ingin Bahagia yang dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat atau Isnin depan.
Perkara itu dimaklumkannya menerusi satu entri IG TV pada Selasa.
Sambil memohon doa agar lagu tersebut berjaya lolos di Anugerah Juara Lagu tahun hadapan, Aliff menerusi ruangan kapsyen ada menyatakan tiada apa yang lebih berharga di dunia ini selain kebahagiaan.
“Lagu baru teaser sy… ketika sy di fitnah org mengecam melampau2 dan sy terdiam bukan sebb bersalah ttpi biar pihak berkuasa yg menjalankan tugas.. ..kalau bukan salah sy biarkan korang tnggung nanti… saya sedih .. apa pun sy maaf kan sahaja.
“Bagi sy.. Tiada benda lain di dalam dunia ini yang paling berharga iaitu kebahagiaan.. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah Hati aku, Engkau kuatkanlah Iman aku sebaiknya. Aku sentiasa tabah untuk meneruskan kehidupan ini.
“Dan Engkau berikanlah aku kebahagiaan kerana tiada benda yang paling penting selain kebahagiaan.
“Lagu ini akan sy relase jumaat atau isnin ini nantikan,” tulisnya.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, Aliff dilihat sedang menyanyi dalam keadaan sebak lalu ‘air mata darah’ mulai keluar lalu membasahi baju putih yang dipakai.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara reaksi yang ditinggalkan mendapat respon dari bapa kepada lima cahaya mata ini.
Pada masa sama, ada juga yang membayangkan video klip tersebut seolah-olah sama dengan muzik video penyanyi antarabangsa, Billie Eilish berjudul When The Party’s Over.
Sehingga kini, video ada entri tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
Aliff sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa single yang mendapat perhatian ramai antaranya Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri