Uncategorized

‘Ketumbuhan Di Bawah Perut Merebak’ – Julia, Isteri Saleem

Share

Kelmarin kita dikejutkan dengan berita kemasukan Saleem ke hospital akibat mengalami demam panas.

Terdahulu menurut sebuah portal, isteri kepada Saleem, Juriah @Julia Bachok berkata, selain daripada mengalami demam panas, Saleem juga mengalami bengkak di bahagian testis.

“Abang Saleem kerap mengalami demam panas sejak kebelakangan ini. Buat masa ini punca sebenar penyakitnya belum dikenal pasti.

 

“Dia juga mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan esok. Namun ia bergantung pada tahap kesihatannya,” katanya.

Rentetan daripada berita kemasukan Saleem ke hospital ini, isterinya Julia menjelaskan tentang perkembangan keadaan kesihatan Saleem yang terkini.

Julia berkata, virus telah merebak ke bahagian paru-paru akibat daripada ketumbuhan di bawah perut Saleem.

“Asalnya adalah ketumbuhan di bawah perut yang merebak. Ini menyebabkan virus juga merebak ke bahagian paru-paru.

 

“Tekanan darah rendah juga dan demam yang tidak menentu akibat jangkitan kuman menyebabkan Saleem di bawah jagaan pakar di PPUKM,” jelasnya.

Semoga kesakitan yang di alami oleh Saleem akan beransur pulih dan dapat meneruskan kehidupan hariannya seperti sediakala.

Kami juga di MH Online mendoakan segala urusan Saleem di hospital untuk mendapatkan rawatan dipermudahkan.

Published by
Izzati Ramli