Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memanjat rasa syukur dan memaklumkan nenek tercintanya, Noraini Abdullah telah selamat menjalani proses pembedahan bagi membuang ketumbuhan, pada Rabu.
Serina berkongsi khabar berita tersebut menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria,” tulisnya.
Pada masa sama, anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan ini memberitahu kondisi neneknya kini sudah beransur pulih dan akan dibenarkan pulang ke rumah, hari ini.
“Esok katanya dah boleh balik rumah. Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation.
“TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yg baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek. Moga besar pahala papa @_chefwan58 Aminn..,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Cef Wan pernah memaklumkan ibunya telah disahkan menghidap penyakit kanser ketumbuhan di bahagian payudara, sekitar dua tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Serina Redzuawan