Berita

Keunggulan Ziana Zain, Jadi Rakan Jenama Rizman Ruzaini Koleksi Raya 2025

Share

Penyanyi terkenal Ziana Zain dipilih sebagai rakan jenama oleh jenama fesyen, Rizman Ruzaini (RR) sempena  dengan kempen Fashion Royalties, yang menampilkan tiga koleksi khas menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pengasas Bersama Rizman Ruzaini, iaitu Rizman Nordin, pemilihan Ziana Zain, 56, dibuat berdasarkan hubungan eratnya dengan jenama ini sejak sekian lama.

Ziana antara yang selebriti yang setia menyarungkan rekaan kami sepanjang 20 tahun perjalanan Rizman Ruzaini.

“Keserasiannya dengan signatur rekaan Rizman Ruzaini dan cita rasa yang seiring menjadikannya pilihan yang tepat dan wajar.

“Malah, Ziana juga mengakui menggemari helaian raya kami tahun ini,” katanya yang sekaligus membuktikan keunggulan jenama ini dalam industri fesyen tanah air.

 

Fashion Royalties Raikan 20 Tahun RR

Sempena ulang tahun ke-20, Fashion Royalties dari RR kali ini tampil lebih eksklusif dengan nilai sentimental tinggi.

Ia menghidupkan kembali beberapa koleksi ikonik terdahulu dan disegarkan menerusi tiga koleksi utama iaitu Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, Rizman Ruzaini Raya 2025 Anniversary Capsule Collection.

Malah Rizman Ruzaini Red Rizman Ruzaini Couture turut membawakan koleksi Mustika, yang memberi penghormatan kepada warisan budaya Malaysia dengan menggabungkan unsur tradisional dan inovasi kontemporari.

Salah satu koleksi yang paling dinanti-nantikan ialah Rizman Ruzaini Red Collection, yang menawarkan lapan pilihan mewah dalam siri sedia pakai untuk

Syawal 2025.

“Walaupun dalam lingkungan label mewah, ia masih dalam ‘harga mesra’, sebagai tanda penghargaan buat Fashion Royalties yang mahukan sarungan glamor namun mampu dimiliki,” kata Rizman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH