Usahawan Noor Nabila Mohd. Noor mendedahkan keutamaannya kini hanya terhadap anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang kini mencecah usia lebih 11 bulan.

Katanya, setiap perkara yang boleh mendatangkan masalah terhadap diri akan ditolak ke tepi, seterusnya cuba untuk menjadikan ia seperti bukan suatu masalah.

Perkara tersebut dikongsikan kakak kepada Neelofa ini menerusi temu bual khas bersamanya yang turut dimuat naik menerusi saluran YouTube Majalah Nona baru-baru ini.

“Keutamaan Adalah Anak. Saya Setkan Otak Untuk Fokus Energi Untuk Dia Sahaja,” – Noor Nabila

Pada masa sama, Nabila turut memberikan pandangannya mengenai komen netizen serta penggunaan media sosial ketika ini.

“Saya rasa media sosial ni ibarat ‘speculation’. Orang suka ‘speculate’ apa yang mereka rasa. Akan tetapi bagi saya, mungkin ada yang menganggap saya seorang public figure, tetapi saya tidak rasakan begitu.

Ads

“Saya pun mahu buat apa yang saya inginkan tanpa perlu fikirkan sesiapa. Akan tetapi bila fikirkan nanti ada yang komen macam-macam, jadi malaslah. Tapi adalah masa yang ‘ter…ter’ tu…,” seloroh Nabila.

Selain itu, wanita berusia 35 tahun ini juga antara lain turut ditanya mengenai keharmonian di dalam institusi perkahwinan.

“Keutamaan Adalah Anak. Saya Setkan Otak Untuk Fokus Energi Untuk Dia Sahaja,” – Noor Nabila

“Orang yang kahwin lebih tahu kot. Yang bahagia tu, alhamdulillah untuk mereka. Ada masalah, tak semestinya tak bahagia.

Ads

“Bagi saya definasi bila berkawan atau berkahwin, tak kan mahu menikmati momen yang senang sahaja.

“Kalau begitu, ramailah yang nak berkawan dan jadi pasangan kita. Jadi kita kena lalui masa sukar bersama,” jelasnya.

Dilihat mampu melalui apa sahaja hal yang berlaku, Nabila turut ditanya mengenai dari mana dirinya mendapat kekuatan.

Ads

“Keutamaan Adalah Anak. Saya Setkan Otak Untuk Fokus Energi Untuk Dia Sahaja,” – Noor Nabila

“Keutamaan adalah anak saya. Saya setkan otak untuk fokus energi saya untuk dia sahaja. Saya letak tepi semua masalah dan apa sahaja yang mendatangkan masalah, saya cuba untuk jadikan ia bukan satu masalah.

“Pada masa sama, ketika itu kita perlukan sokongan keluarga dan kuatkan mind set sendiri,” katanya.

Ikuti temu bual penuhnya;

Foto: YouTube Majalah Nona

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI