Khabarnya Nelydia Senrose Ke Luar Negara Baru-Baru Ini Sebab ‘Usha’ Hantaran, Kahwin Tahun Depan?

Share

Ketika nama kakaknya, Uqasha Senrose sedang hangat diperkatakan, MH mendapat khabar gembira daripada sumber bahawa Nelydia kini sedang meniti fasa bahagia dalam hidupnya apabila difahamkan, pemergiannya ke luar negara baru-baru ini adalah untuk mencari barang hantaran dan persiapan perkahwinan.

Difahamkan, majlis tersebut dirancang bakal berlangsung tahun hadapan.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak pula mendedahkan tarikh sebenar Nely dan pasangannya yang dikenali sebagai Hafiz itu bakal disatukan sebagai suami isteri.

Apapun, andai khabar tersebut adalah sahih seperti disampaikan sumber terbabit, kami di MH turut tumpang gembira. Maklumlah, Nelydia sebelum ini pun pernah mengeluarkan kenyataan dia memang sudah bersedia untuk ke satu fasa lain di dalam hidupnya.

Malah ketika ditemui di majlis pelancaran baju koleksi rayanya bersama Starvilion baru-baru ini, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup itu memberitahu, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi  menyerahkan perkara itu pada jodoh yang telah ditentukan.

Jelasnya kepada MH, dia mengimpikan setiap hubungan yang dijalinkan berkesudahan dengan sesuatu yang baik.

“Sememangnya daripada dahulu lagi saya sentiasa serius dalam perhubungan dan meletakkan harapan agar ia berkesudahan dengan sesuatu yang baik. Tapi perkara itu bergantung pada jodoh kerana saya tidak tahu bila sesebuah hubungan itu akan berlaku.

 

“Buat masa sekarang saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan kami kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,” katanya jujur. 

Foto: Instagram Nelydia Senrose

 

 

Published by
MH