Penyanyi Khai Bahar tampil menjelaskan mengenai dakwaan segelintir netizen di media sosial yang mendakwa dia kini suka ‘berparti’.
Khai menegaskan, dia tidak menghadiri sebarang majlis seperti yang dimaksudkan sejak kehilangan ibu tersayang.
“Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat.
“Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022.
“Pada masa itu juga saya berhenti secara agresif lepak dengan mereka sebab hormat emak kurang sihat. Kadang-kadang kami lepak pergi karaoke sahaja.
“Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit.
Ads
“Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya,” katanya, petik Oh Bulan!
Malah jelasnya lagi, dia kini lebih selesa untuk ajak kawan-kawan lepak di rumahnya jika ingin isi masa bersama.
Ads
“Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah.
“Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.
Oleh sebab itu, dia menafikan segala dakwaan yang tersebar berikutan parti liar itu.
Ads
“Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahun lepas timbul.
“Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’,” katanya lagi.
Khai bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu timbul mungkin disebabkan salah faham antara segelintir pihak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru selebriti media sosial antarabangsa, Kylie Jenner telah menyambut hari jadi kelahiran anaknya yang pertama dan telah berkongsi gambar majlis tersebut di akaun Instagram miliknya.
“i had to go all out for my baby. #StormiWorld” tulisnya.
Menurut sumber Harpers Bazaar, Kylie telah membina satu taman tema permainan untuk meraikan hari jadi anaknya, Stormi. Taman tema tersebut Kylie telah dinamakan ‘StormiWorld’.
Kylie telah berkongsi beberapa keping gambar ketika menyambut hari jadi kelahiran anaknya itu. Ternyata, memang Kylie bina taman tema tersebut hanya semata mata untuk meraikan hari jadi anaknya. Grand habis!
Majlis hari jadi tersebut dihadiri oleh adik beradik tiri Kylie, iaitu Khloe dan Khourtney Kardashian.
Majlis hari jadi itu dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang menarik seperti kek bergerak, biskut berbentuk muka Stormi dan pintu masuk berbentuk kepala Stormi. Comel sungguh!
Lalu, peminat juga tidak ketinggalan untuk memuji Kylie yang sangat hebat dan berkata ‘The Best Mom Ever’ kepada Kylie.
Malah, kanak-kanak tersebut turut mendapat hadiah hari jadi istimewa daripada rakan ibu bapa mereka. Misalnya DJ Khalid menghadiahi Stormi seunit beg mini jenama Chanel.
Alahai, memang meriah betul majlis hari jadi anak Kylie. Semoga Stormi menjadi anak yang baik.
Foto : Instagram Kylie Jenner
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyifatkan parodi yang dibuat berdasarkan insiden yang membabitkan Sissy Iman, Naim dan Mummy (Mas Idayu) di Famili Duo, Ahad lalu di media sosial sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Ayda yang turut bersaing di dalam program sama menegaskan tidak sepatutnya dijadikan kontenmemandangkan ia boleh membuatkan keadaan bertambah lebih keruh.
“Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim & Mummy.
“Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan and cara lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya yer. Sekian terima kasih,” luahnya.
Ayda berkongsi perkara tersebut menerusi status yang dimuat naik di Insta Stories, pada Khamis.
Dia pada masa sama turut menitipkan kata semangat buat Naim dan Sissy.
“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positif, semangat, insya-Allah semuanya dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, persembahan duo sepupu itu menerima reaksi negatif daripada salah seorang juri, Mas Idayu sejurus persembahan bertemakan ‘Minggu Tradisional’ pada minggu keenam dengan membawakan lagu Jampi dalam versi keroncong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan bakat pengacaraan yang dimiliki anak sulung Sharifah Shahirah, 48, iaitu Allisya Tahir.
Berkebolehan mengacara, video yang dimuat naik Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shira itu menunjukkan kebolehan Allisya, 24, mengendalikan sebuah program baru-baru ini.
Menariknya, Allisya turut menggayakan baju lama milik ibunya menerusi rancangan tersebut.
“Suka ek mengacara… Pakai baju mak dia je.
“Mak dia dah tak muat baju-baju ni.
“Dulu selalu jual… nasib kamu dah turun berat badan, kalau tak mak dia jual baju,” tulis Shira di ruangan kapsyen.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...