
Menerusi entri terkini di Instagram, penyanyi Khai Bahar ada memuat naik sekeping foto bersama pengikutnya.
Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul Baharuddin berkongsi foto dirinya yang disunting kelihatan berjambang.
“Goodnight.. abg tidur dulu naa,” tulisnya pada kapsyen hantaran berkenaan.
View this post on Instagramgoodnight.. abg tidur dulu naa
A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on
Lantas, perkongsian penyanyi berusia 26 tahun ini telah menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memberi komen wajah Khai persis seperti pelakon tampan, Aeril Zafrel.
“Dh mcm Airel zafrel pulak,” tulis peminat menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Khai dilahirkan pada28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau juga berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis.
Foto: Instagram Khai Bahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Dah Kot Tambah Lagi Satu Anak, Bukan Isteri Ye,” – Hari Jadi Amirul, Ain Edruce Minta Zuriat

Pelakon dan pengacara Ain Edruce baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahiran suami, Mohd Amirul Hafiz yang ke-30 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sambutan itu turut disertai anak pasangan berkenaan, Soraya yang mana ketiga-tiganya sedondon berpakaian serba hitam pada majlis tersebut menerusi foto yang dikongsikan Ain di laman Instagram.
Menariknya, dalam ucapan untuk suaminya, Ain atau Nurulain Edruce, 32, secara berseloroh memberi amaran kepada Amirul agar tidak sesekali ‘tambah’ isteri.
“Welcome to 3 series Amirul Hafiz. Boleh dah kot tambah lagi satu… tambah anak. Bukan isteri ye. Love you Yol (Amirul),” tulis Ain di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ain terhibur dengan ucapan yang diberikannya itu malah menyifatkan pasangan suami isteri ini sangat sempoi dan sentiasa ceria.
“Rasanya Amirul akan cakap dalam hati ‘layan yang seorang ini pun dah macam layan empat bini. Gurau, karang ada netizen yang over react pula.
“Suka tengok Ain dan suami. Celebrate ape pun bawa anak. Ada pasangan yang tak nak anak ganggu. Kesian anak. Untung Soraya dapat join Mummy Daddy dia dating.
“Lain maciamm.. Biasa tengok husband request tambah anak ni wife yang mintak tambah.
“Suka sangatttt tengok Ain and husband! Semoga bahagiaaaaaa sehingga ke syurga,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Ain dan Amirul berkahwin pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Mampu Cium Batu Nisan, Ini Nasihat Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Kongsi bintang drama bersiri Nur itu, dia ada menziarahi pusara kubur arwah bapanya di Raub, Pahang.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Ahmad Shapie.
“Kalaulah masa boleh putar..kalini akk mcm terkedu jap kt #rumahayah akak..mgkn rindu nak borak,gurau,cubit tek Pak..tak merasa dah..
Di samping itu, pelakon yang berusia 40 tahun ini sempat memberikan kata-kata nasihat yang sangat bermanfaat bersama peminatnya.
“korg pada yg masih ada Mak Ayah..jagalah,sayanglah..cium..peluk,akak dlu segan..dah tkde ni..cium batu nisan je beb..
“sbtu bila blk kg..rindu dia lain mcm..dahlah skrg musim doyan..tbayang2 Pak balik bawa doyan bbakul2 suh mak wat tempoyak..arwah ayah akak terror gak wat meggi..bdesing pedas..Ye,saya rindu Pak #AlFatihahPak,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
MH mendoakan agar roh arwah bapa Khiriah dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang yang beriman.
Video : Instagram Noorkhiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Urusan Dunia Juga Pemberian Dari Allah,”- Dapat Sentuh Hati & Jiwa Manusia, Rita Rudaini Seru Orang Ramai Fahami Maksud Al-Quran

Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan selain daripada membaca, sebaiknya sebagai muslim kita hendaklah memahi maksud tersurat dan tersirat yang terkandung didalam kitab Al-Quran.
Menurut Rita, memahami maksud Al-Quran dapat menyentuh hati dan jiwa setiap manusia yang membacanya.
“Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.
“Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937),” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Mami Jarum itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat setiap hari.
“Sesibuk mana pon kita dgn urusan kerja/dunia, bacalah walau sebaris ayat kerana urusan di dunia kita jugak pemberian dari ALLAH.
“Peringatan untuk diri saya sendiri dan anak-anak. Terima kasih ustaz @hjzalie mengajar keluarga kami,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut selain turut mendoakan semoga kita sentiasa terbuka hati untuk mendalami ilmu Al-Quran.
Terdahulu, Rita bersama anak-anak kini dilihat sedang giat mengikuti kelas mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Sazali.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI