Sebagai seorang penghibur, tampil menarik dan kemas merupakan antara salah satu kriteria yang cukup dititikberatkan.

Menyedari hal itu, penyanyi Khai Bahar mengakui dia kini sering berkunjung ke pusat kecergasan bagi tujuan tersebut.

Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata sebagai seorang penghibur, dia juga berkeinginan untuk memiliki tubuh badan yang menari.

“Kita nak hiburkan orang kena bagi elok. Bila kita buat persembahan, orang nampak wow. Kita cuba perbaiki sikit-sikit.

“Setiap hari saya akan luangkan masa selama dua jam untuk gim dan saya selitkan masa senaman seperti yang disarankan jurulatih peribadi saya.

Ads

“Saya cakap dekat dia saya nak stamina saya balik sebab sebelum ini saya pernah kena Covid-19,” katanya kepada MH.

Khai ditemui pada majlis pelancaran single duet terbaharu bersama Nabila Razali berjudul Selagi Ku Ada yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Khai Bahar Rajin Ke Gim; “Kita Nak Hiburkan Orang Kena Nampak Elok & Wow.”

Ads

Penyanyi lagu Luluh ini juga berkata, dia kini mudah berasa semput selepas terkena jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu, penglibatannya dalam aktiviti kecergasan diharapkan dapat memperbaiki staminanya seperti sebelum ini.

Ads

“Saya nak stamina macam dulu untuk buat persembahan, itu sebab saya selalu pergi gim.

“Bila dah kena Covid-19 rasa nak nyanyi dah lain, semput dan tak selesa,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI