“Khemah Kecil Ini Menjadi Tempat Tinggal Buat 7 Buah Keluarga,” – Noh Salleh

Share

Tujuh buah keluarga menetap di bawah satu khemah kecil dengan simpanan makanan yang semakin menyusut, jelas Noh Salleh, keluarga malang itu telah diusir dari Idlib namun tetap bersyukur dengan dugaan yang diterima.

Noh turut memohon agar netizen tampil bagi membantu kelangsungan keluarga itu untuk meneruskan kehidupan sementelah sukar bagi mereka mencari pekerjaan dan menyara keluarga.

“Khemah kecil ini menjadi tempat tinggal buat 7 buah ahli keluarga.

“Mereka telah diusir dari Idlib. Tetapi, mereka tetap bersyukur kerana terus hidup.

“Untuk bulan mendatang, pastinya akan lebih sukar. Simpanan makanan semakin berkurangan.

“Mereka tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal apatah lagi mencari pekerjaan buat menyara keluarga,” katanya sambil menyertakan nombor akaun dan informasi lanjut bagi sesiapa yang sudi membantu.

Foto : Instagram Noh Salleh

Published by
Noraini Abd Wahab