Gara-gara mahu mempromosi (review) produk makanan, pelakon Norkhiriah ada menerima komen berbaur negatif.

Semuanya gara-gara dia mengambil inesiatif makan menggunakan talam.

Malah, video yang dikongsikannya di Instagram sering merakamkan pelakon drama Nur 2 itu menikmati makanan di dalam talam mini.

Khiriah Perjelas Isu Makan Dalam Talam, Minta Penjelasan Kalau Berdosa

Tidak hanya berdiam diri, Khiriah membalas kenyataan individu tersebut.

IKLAN

Lantas, Khiriah menjelaskan perkara sebenar mengenai saiz talam yang digunakan.

“Bagi yg baru follow @ dah lama.. saja nak ingatkan yg saya mmg wat review makan guna talam.. blh tengok review sebelum..

“Talam tu sekangkang kera pun tak sampai.. kecik giler, dlm gambar memang nampak gabak.

IKLAN

“Adakah jatuh dosa makan dalam talam? Sapa terror bab ilmu agama mohon jelaskan.. saya jahil lagi hina.. penatlah.. macam 1 kesalahan besar makan dalam talam.” tulisnya.

Khiriah Perjelas Isu Makan Dalam Talam, Minta Penjelasan Kalau Berdosa

IKLAN

Lalu, netizen  telah memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.

Malah, ada segelinitir yang mengatakan bahawa ia adalah sunnah dalam Islam.

Terdahulu, Khiriah membuat reviu produk makanan menggunakan talam yang sama.

Video/Gambar : Instagram Khiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI