Bintang drama bersiri Nur, Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 40 tahun itu ada menegur segelintir pengguna media sosial.
Semuanya gara-gara ada di antara mereka yang meninggalkan teks, mahu berkenalan.
“takyahlah DM,nak kenai ka apa ka weiiii..koi dah tua,silap hb pangkat Mak dgn awok weh..tampor kang baw tau”tulisnya.
Kongsi ibu kepada dua cahaya mata itu, dia telah menerima ‘direct message’ yang mahu berkenalan dengannya.
Malah, Khiriah juga telah menutup ruangan akses komen pada posting tersebut.
Khiriah telah mendirikan rumah tangga bersama Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Foto : Instagram Khiriah