Pengacara dan pelakon, Kiah Propa, 45, tamatkan kembali zaman solo apabila sah bernikah semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 57, dalam sebuah majlis sederhana baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas suaminya itu didiagnos kanser leher, kira-kira seminggu lalu.
Malah Kiah sendiri yang melamar suaminya demi memberikan sokongan dan semangat.
Majlis pernikahan tersebut dirancang dalam tempoh seminggu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
“Selama lapan tahun ini dia ajak saya untuk kembali bersama tapi saya tidak mahu bukan kerana selesa hidup bersendirian.
“Tapi selepas dia disahkan kanser tempoh hari, saya lamar dia kembali dan segala persiapan dilakukan dalam masa seminggu,” jelas kiah, lapor mStar.
Pengacara wanita itu juga turut menjelaskan, hubungan mereka juga dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum ini.
Tambah Kiah lagi, perkahwinan ini juga bagi mengelakkan fitnah selain memudahkan dirinya untuk menguruskan suami.
“Hubungan kami baik selama ini, dia juga membantu saya berniaga ke mana-mana. Dia ada ketika susah senang saya. Tak akan saya nak biar dia tanggung kesakitan seorang diri,” katanya lagi.
Selepas kembali menjalani kehidupan sebagai isteri, dia berhasrat untuk memberi perhatian terhadap status kesihatan suaminya yang kini sedang menjalani pelbagai fasa rawatan.
“Kalau dalam darurat bolehlah pegang sekali dua, tapi tak akan nak pegang selalu kalau kerap sakit tentu rasa tak selesa.
“Sebelum ini dia datang ke rumah sekejap-sekejap itu biasa tapi kalau sakit dia duduk di rumah saya tentu undang fitnah,” katanya lagi.
Imbas kembali, Kiah dan Mohd Amiruddin sebelum ini pernah berkahwin pada tahun 2011.
Sepanjang perkahwinan pertama itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI