Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter, pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtry Yahya ada berkongsi keadaan terkini bersama para peminat dah rakan artis.
Menurut Fedtri, dia kini dilaporkan semakin sihat selain turut menganggap segala kejadian yang berlaku ini adalah kifarah dosa baginya.
Pada masa sama, pengacara program Jejak Rasul itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan perkembangan terkini wajahnya yang baru selesai menjalani pembedahan pada Khamis.
Tweet tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ads
Get well soon bro. Saya doakan crpat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik-baik. ❤️
Biarpun sudah hampir 30 tahun bergiat aktif dalam industri nasyid tempatan, populariti kumpulan Raihan masih kekal disegani sehingga kini.
Terbaharu, kumpulan yang popular dengan lagu Puji Pujian itu akan menggembalikan nostalgia peminat mereka menerusi Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini.
“Sepanjang hampir 30 tahun bertapak, Raihan sudah melalui perjalanan yang panjang dengan turun naik, keluar masuk anggota dan kematangan muzik.
“Di sepanjang garis masa yang dilalui, kami bersyukur kerana peminat tidak pernah meninggalkan kami.Raihan sentiasa mendapat sokongan daripada semua dan disebabkan itu konsert kali ini dinamakan sebagai Konsert Garis Masa Raihan.
“Lebih istimewanya, ia juga menjadi acara kemuncak dalam festival Cahaya Israk Mikraj yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW,” kata Che Am mewakili ahli kumpulan yang lain.
Selain Che Am, Raihan turut dianggotai Abu Bakar Mohd Yatim dan Amran Ibrahim.
Pelopor muzik nasyid tanah air itu menjanjikan sebuah konsert yang akan terus menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap Islam serta perjuangan Rasulullah SAW.
“Kami akan mendendangkan lagu-lagu hits antaranya Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya yang cukup ikonik dengan Raihan,” katanya.
Konsert ini akan turut dihadiri tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Toha Ba’agil serta Sidi Abu Anas Abu Jaish dalam slot khas yang disediakan.
Untuk info, peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT kepada umat Islam.
Israk Mikraj yang disambut pada 27 Rejab setiap tahun dimuliakan sambutannya dengan pelbagai keraian termasuk ceramah atau festival bersifat kerohanian yang mengandungi pengisian berkaitan.
Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menunggang buraq, manakala Mikraj pula merujuk kepada pergerakan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Dayah Bakar berkongsi momen indah pada saat meraikan ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram beberapa hari lalu itu, pasangan berkenaan dilihat menikmati makan malam bersama di samping anak sulung, Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia 11 bulan.
“This is the first time that we get to celebrate our anniversary on the day itself. 3rd year, and there’s 3 of us now.
“Syukur alhamdulillah. Sampai syurga, syurgaku,” tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian video yang sudah pun menerima lebih 35,000 tontonan itu disusuli dengan ucapan tahniah serta kata-kata yang baik daripada para pengikutnya.
Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Untuk rekod, Dayah dan Hanif berkahwin pada Jun 2018.
Dia kini berada di Canberra, Australia sejak beberapa bulan lalu menemani suaminya yang bertugas sebagai pegawai tentera berpangkat kapten di sana selepas setahun menjalani perhubungan jarak jauh.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan U.K’s, Amir mendedahkan dirinya tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kumpulan lain dengan menggunakan nama U.K’s.
Menurut Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, para peminat bijak menilai untuk membezakan kumpulan U.K’s yang sebenar.
“Beginilah saya simpulkan, terus terang saya katakan saya tiada daya untuk nak menghalang mereka-mereka ini untuk mewujudkan U.K’s yang lain selain daripada yang saya anggotai.
“Saya tiada hak nak melarang. Jadi, sekarang ini, apa yang saya fikirkan adalah peminat boleh menilai sendiri. Biarlah peminat yang memberikan penilaian.
“U.K’s yang lain itu memang mereka ada buat persembahan juga tetapi dimana tempatnya? U.K’s Reunion 25 tahun pula di mana? Mereka boleh bandingkan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Seksa ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang berlangsung di Premiera Hotel pada Khamis.
Malah, Amir turut mendedahkan, komposer tersohor yang banyak mencipta lagu-lagu hits U.K’s, Saari Amri juga merasakan kumpulan-kumpulan lain masih belum layak untuk membawakan lagu-lagu ciptaannya.
“Saya tiada hak nak melarang mereka untuk menyanyikan lagu U.K’s. Malah, Saari Amri juga tiada kuasa. Cuma dia boleh kata, mereka ini tak layak nak menyanyikan lagu-lagu dia.
“Sebenarnya Saari sangat tak bersetuju mereka ini menyanyikan lagu U.K’s. Dia juga tidak suka nama kumpulan ini diperkotak-katikkan dan dibawa ke tempat yang bukan-bukan.
“Bila menyanyi pun sekadar cincai-cincai. Bila part tinggi je hulur mic. Perkara macam ini yang merosakkan imej dan nama U.K’s itu sendiri. Biarlah mereka dengan cara mereka. Satu sahaja soalan saya, ke mana mereka nak pergi?
“Macam U.K’s, kami dah buktikan yang kami akan ke Istana Budaya. Para peminat nak dengarkan suara saya. Agak kelakar la bila mereka buat show tapi nyanyi lagu U.K’s. Untuk apa lagi mereka nak memperjuangkan nama U.K’s ini?,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Amir menzahirkan rasa teruja apabila U.K’s diberikan pengiktirafan buat pertama kali untuk mengadakan konsert berskala mega di Istana Budaya bersempena ulang tahun penubuhan kumpulan tersebut yang ke-25.
Konsert reunion ini juga bakal memberikan penghormatan kepada Saari Amri yang telah menaikkan nama U.K’s menerusi karya-karya agungnya.
Konsert berdurasi selama dua jam setengah ini bakal menghimpunkan sebanyak 25 buah lagu hits U.K’s.
Selain Amir, konsert ini juga bakal menggabungkan semula ahli-ahli asal U.K’s iaitu Rozdeni Toni (Denil), Saleh Alias (Olley) Amiruddin Syarif (Amirul) dan turut dibantu pemain gitar jemputan Mus Satira.
Tiket kini sudah mula dijual bermula harga RM111, RM333, RM555, RM777 dan RM999 menerusi laman web ilassotickets.com.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!