Kim Kardashian dan Kanye West antara ‘power couple’ Hollywood. Bukan sahaja terkenal dalam dunia hiburan, mereka turut menakluk dunia fesyen dan juga perniagaan. Masing-masing memiliki empayar bisnes berjaya.
Namun begitu, setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang anak bersama, pasangan ini akhirnya meletakkan titik noktah kepada hubungan mereka. Walaupun masih dalam proses perceraian, mereka masih lagi menyokong satu sama lain apabila Kim baru-baru ini dilihat menghadiri pertunjukan fesyen yang dianjurkan Kanye.
Dalam sesebuah perceraian, apatah lagi bila melibatkan selebriti berprofil tinggi seperti mereka, pastinya banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah pembahagian harta. Umum mengetahui yang pasangan ini memiliki sebuah rumah di Hidden Hills, California yang menjadi mahligai mereka sepanjang bergelar suami isteri.
Dibeli pada tahun 2014, rumah tersebut cukup popular dek kemewahan dan juga nilai seni hiasan dalaman bertemakan warna serba putih dan neutral di samping pemilihan perabot yang moden dan minimalis. Berharga USD20 juta ketika dibeli termasuklah USD3 juta untuk hiasan dalaman, Kim Kardashian telah mengambil keputusan untuk menyimpan rumah tersebut untuk dirinya.
Menurut sumber, dalam satu ciapan ibu Kim, Kris Jenner pada tahun 2018. Nilai rumah itu sebenarnya sudah meningkat kepada USD60 juta.
BACA JUGA: Kourtney Kardashian Bertunang Dengan Travis Barker. Anak-Anak Jadi Penghubung Cinta
Walaupun begitu, setelah perbincangan dilakukan bersama Kanye dia akan membayar bakal bekas suaminya itu USD23 juta atau kira-kira RM95 juta untuk rumah terbabit, iaitu pada harga asal rumah itu dibeli. Bintang realiti televisyen itu akan memiliki rumah tersebut dan juga barangan yang ada di dalamnya.
Sehingga kini, walaupun sudah berpisah dan tidak tinggal sebumbung, proses perceraian kedua-dua mereka masih lagi berjalan.
Sumber: People
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI