Kim Kardashian Berterima Kasih Kepada Bekas Suami Saat Menerima Anugerah Ikon Fesyen Di People’s Choice Award 2021

Share

Siapa tidak kenal dengan bintang realiti terkenal ini. Sejak kemunculannya dalam dunia hiburan membintangi siri realiti Keeping Up with The Kardashian, populariti yang diterima bukan biasa-biasa. Dia bijak memanfaatkan populariti yang dimiliki dengan menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Dari produk kecantikan sehinggalah produk fesyen, setiap satu perniagaannya menjadi. Dek kejayaannya mengaut keuntungan dalam bidang perniagaan, Kim Kardashian telah mengangkat dirinya menjadi status billionaire. Dalam tempoh tersebut dia juga telah berevolusi dalam cara berfesyen.

Kim dan siknya, Kylie. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian

BACA JUGA:

“Rancang Untuk Terus Berjumpa,” – Kim Kardashian Rasmi Bercinta Dengan Pete Davidson
Kim dalam busana Met Gala. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian

Siapa sahaja boleh melupakan gayanya di karpet merah Met Gala 2022 yang menjadi bualan ramai dengan penampilan tertutup secara keseluruhan. Setiap apa yang dipakai menjadi bualan ramai dan mencetus satu trend baharu.

Di atas pencapaiannya, ibu kepada empat cahaya mata ini telah di nobatkan sebagai penerima The Fashion Icon Award di acara People’s Choice Award yang berlangsung kelmarin.  Menariknya, saat menerima anugerah tersebut wanita berusia 41 tahun ini berterima kasih kepada bekas suaminya, Kanye West.

Gaya Kim di People’s Choice Award. Kredit foto: Todd Williamson/E! Entertainment/NBCUniversal/NBCU Photo Bank via Getty Images

“Kepada Kanye yang memperkenalkan saya kepada dunia fesyen. Saya jatuh cinta dengan fesyen dan saya sangat terinspirasi oleh orang ramai tetapi sekali lagi, ini seperti mimpi yang saya dapat bangun dan memakai pakaian yang menakjubkan ini dan mencuba perkara baru dan mengambil risiko,” ujarnya jujur.

Anugerah tersebut disampaikan oleh penerima anugerah tersebut tahun lalu, Tracee Ellis Ross. Saat menerima anugerah itu, Kim berkata, “Untuk menerima anugerah ini dari ikon fesyen sendiri, saya terasa sangat berbesar hati. Terima Kasih.”

Kredit foto: Instagram Kim Kardashian

Walaupun sudah berpisah, hubungan di antara Kim dan Kanye tetap baik. Mereka masih lagi menyokong kerjaya masing-masing dan saling memberi nasihat antara satu sama lain.

BACA JUGA: Kim Kardashian Bayar Kanye West RM95 Juta Demi Dapatkan Hak Mutlak Rumah Yang Mereka Diami Sepanjang Berkahwin

Sumber: People

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen