Bintang realiti terkenal, Kim KardasHian menerima tuntutan saman daripada The Judd Foundation gara-gara perabot yang dimilikinya.
Saman tersebut dikemukakan oleh yayasan tersebut yang ditubuhkan bagi menjaga harta intelek dan juga memelihara karya kreatif milik pereka dan pelukis, mendiang Donald Judd.
Saman ini dikemukakan gara-gara Kim, 43, melabelkan meja bernilai $90,000 dan set kerusi bernilai $9,000 setiap satu sebagai karya asal Donald Judd dalam satu video yang menampilkan rekaan dalaman di pejabat SKKN miliknya pada tahun 2022.
Menurut yayasan tersebut, perabot-perabot yang diperoleh Kim itu bukanlah perabot asli rekaan Donald Judd sebaliknya merupakan rekaan yang diciplak oleh pereka dalaman dari Hollywood Barat iaitu, Clements Design.
Syarikat itu turut menjadi defendan dalam tuntutan mahkamah oleh yayasan tersebut.
Dalam video rakaman tersebut, Kim berkongsi, “Kalau anda seorang yang sukakan perabot, kerana saya begitu mencintai perabot kebelakangan ini.
“Meja Donald Judd ini sangat mengagumkan dan sangat kena dengan kerusi, ianya sangat mudah kami sentiasa ada ramai orang dan menjamu selera. Dapur ini sangat menakjubkan dan saya seorang yang tersususun.”
Namun tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada empat cahaya mata itu membuat kenyataan bahawa perabot tersebut direka oleh Donald Judd secara sengaja atau tidak sengaja.
Video itu dipadamkan selepas pemfailan tuntutan mahkamah dilakukan pada Rabu lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan