Pandemik Covid-19 ini bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Kini dengan penularan virus secara sporadik, menjadikan kadar kebolehjangkitan virus tersebut lebih tinggi. Tidak kenal pangkat dan darjat sesiapa sahaja boleh diuji.

Aktor popular negara seberang, Irwansyah, baru-baru ini telah kehilangan ayahnya, Umar Effendy, pada 8 Julai 2021 akibat virus Covid-19. Kini dia dan keluarganya sekali lagi diuji apabila ibu mereka, Herlianah, dijangkiti virus Covid-19 dan ketika ini sedang bertarung nyawa melawan jangkitan di hospital.

Keluarga besar Irwansyah.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, suami kepada Zaskia Sungkar ini meluah rasa rindu kepada ibunya, “Irwan rindu mana. Kalau boleh jujur masih berharap sangat mama sembuh. Aku cuma mampu berusaha dengan doa kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya untuk manusia. Tetapi kita hanya boleh berusaha, tetapi Allah SWT yang berkehendak.”

Ads

Selain itu bintang berusia 36 tahun ini juga berkogsi cerita mengenai kedua orang tuanya, “Mama dan papa mahu sangat lihat anak saya, Alhamdulillah mereka berpeluang  melihatnya. Mama dan papa mahu melihat anak-anaknya menjadi anak yang baik, Alhamdulillah menurut mereka kami, kalau mama sampai ke takdirnya Insya-Allah mereka berdua sudah tenang.

Ads
Bersama isteri dana anak tunggal mereka.

“Saya baru sedar yang mereka Bahagia memiliki kita diwaktu kecil. Selepas kita menginjak dewasa mereka Bahagia tetapi mereka takut. Takut apa? Takut anaknya tidak menjadi dan tidak beriman. Menurut mereka, kami sudah berhasil dan beriman, jadi tugas kami adalah menjaga pandangan mereka itu. Bismillah…”

Ads

Sumber & Gambar: Instagram Irwansyah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI