‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Itu peribahasa yang sesuai digambarkan oleh pelakon Azad Jazmin apabila sekali lagi mendapat surat saman kerana menyalahi undang-undang jalan raya.
Malah, ia merupakan kesalahan kali kedua Azad dalam tempoh terdekat dari pihak berkuasa.
“Apa ni? Makin menyerlah kebodohan saya. Saya pergi klinik di sekitar ini sahaja.
“Salah tetap salah, tengok DBKL bertugas. Alahai, walaupun saman kena, selfie tetap selfie.
“Padan muka aku,” katanya sambil merakam video nasib yang menimpanya di sekitar Kuala Lumpur.
“Got Aman??? SAMAN la anak oi @anakdarapakazad1 hahaha padan dgn muka aku lagi!! kali ni padan muka n Kita selfie satu.
“Hehehe apapun inilah kerja depa tgh panas terik depa tetap kena bertugas dgn adil… last kali Amarra kata ‘daddy what’s your problem,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Azad pernah disaman pihak berkuasa pada Selasa lalu kerana memandu tanpa lesen.
Pelakon Janna Nick yang kini berjinak-jinak dengan kerja pengarahan dan belakang tabir melahirkan keterujaannya apabila dapat duduk sebaris dengan pengarah popular, Syamsul Yusof dan Adrian Teh.
Janna berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya, memaparkan ketiga-tiganya berada dalam sebuah majlis yang mengiktiraf kerja seni mereka anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Janna, Syamsul dan Adrian masing-masing menerima pengiktirafan sebagai Ikon Ekspresi Seni 2022 dan sijil tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
“Sebaris dengan orang-orang hebat hari ini. Harapnya satu hari nanti boleh berjaya macam mereka.
“Terima kasih untuk nasihat serta tips-tips yang berguna Syamsul Yusof dan Adrian Teh.
“Terima kasih juga Finas kerana telah memilih sebagai Ikon Ekspresi Seni 2022,” tulis Janna di ruangan kapsyen.
Rakan artis seperti Adeline Tsen, Salina Saibi dan Aleza Shadan serta peminat Janna tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pelakon berusia 27 tahun itu di atas penghargaan tersebut.
“Tahniah Janna. Langkah Janna Semakin hampir. Satu hari Janna akan menjadi seperti mereka, Insyallah.
“Alhamdulillah.. insyaAllah org yang berusaha kuat pasti akan berjaya suatu hari nanti.
“Tahniah Janna sayang, terus terbitkan karya-karya yang bermutu.
“Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat,” komen beberapa peminat Janna yang digelar Jannanickers.
Sekadar info, Janna sebelum ini pernah mengarahkan telefilem pertamanya, Delen yang disiarkan pada Februari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Terima kasih kepada Marsha dan pasukannya.” Itu kata Sham Visa apabila ditanya mengenai persembahannya di program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu keempat kala menyampaikan lagu duet, My Heart bersempena dengan tema ‘Haaa Tepuk’, semalam.
Katanya di sidang media, dia berterima kasih buat bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga itu atas kesungguhan serta komitmen yang diberikan
“Saya beri kredit minggu ini kepada Marsha juga ‘teamnya’. Sebetulnya lagu ini agak sukar untuk dinyanyikan kerana ia mempunyai empat key berbeza. Kalau ‘tergelincir’ sikit, akan sumbang sampai habis.
“Jadi untuk atasi masalah tersebut, saya kerap buat latihan bersama Marsha. Apa pun saya sudah lega apabila selepas membuat persembahan.
“Saya cuba untuk buat sehabis yang mampu sebab utamanya ini pertandingan. Saya kena jadi orang lain setiap kali dapat lagu baru,” katanya yang akui sudah cuba yang terbaik.
Ditanya mengenai bahasa tubuhnya yang dikatakan agak kaku atau malu-malu di atas pentas meski ditemani rakan duet, Sham ada jawapannya sendiri.
A post shared by Neon Pixel (@neonpixelofficial) on
“Sebetulnya, corak persembahan itu sudah pun dirancang. Ceritanya, Marsha seumpama ‘spirit’ yang sudah tidak ada. Saya tidak nampak tetapi dapat rasakan kehadirannya di sisi.
“Dalam pada saya ilusi… Cinta yang sudah lama hilang. Itulah asalnya, tapi apa yang dilihat oleh penonton, saya tidak berapa pasti,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Sham atau nama lengkapnya, Rohisham Hashim sekadar menduduki ranking keenam daripada 11 peserta dengan markah sebanyak 68 peratus.
A post shared by Neon Pixel (@neonpixelofficial) on
Sementara KOOLdiumumkan sebagai peserta tersingkir yang mengumpul markah keseluruhan paling rendah iaitu sebanyak 49 peratus.
GV6 disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 9.00 malam setiap hari Ahad di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.
Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap sementara Datuk Jamal Abdillah pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!