Pelakon Eyra Hazali ada berkongsi rutin cantiknnya bagi memastikan wajah dan penampilannya tampak segar dan yakin sentiasa.
Kini sedang hamil 21 minggu, bintang drama Nur 2 ini berkongsi item penjagaan dirinya menerusi Insta stories.
Sekadar imbasan, pelakon yang mulai mendapat perhatian setelah tampil dalam drama bersiri, Mr Grey itu selamat diijabkabulkan dengan suami yang juga bintang bola sepak, Haziq Nadzli pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
View this post on InstagramBoy or Girl ? 🤗 #21weekspregnant
A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
Foto: Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dan Pihak Guaman Sudah Siap Siaga,” – Iddin Syah Tuntut Hutang, Dakwa Pengasas Kosmetik & Penyanyi Pinjam RM150,000
Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), menjadi sorotan di media sosial selepas memuat naik beberapa posting panas sejak kebelakangan ini membabitkan seorang wanita yang juga yang usahawan, yang dikenali sebagai Che Ta Potpet.
Menerusi satu kenyataan, Iddin mendakwa, dia telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh wanita terbabit dan suaminya, yang dikenali sebagai Aaron Lee untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.
“Che Ta dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.
“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.
“Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.
“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” kata Iddin.
Dakwa Iddin lagi, perbuatan tersebut terbongkar selepas dia memuat baik satu video pada 1 Jun yang lalu.
Video yang dikongsikan menerusi Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan lebih 900,000 kali itu memaparkan dirinya yang baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara.
Iddin dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit.
@iddinsyah.esw Perangai serupa taik.. menipu duit org rm150k. dan rmai lg terkena .. hg tunggu sar… #FounderPenipu #FounderEswDitipu ♬ Powerful songs like action movie music
“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.
“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!
“Cheta dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” katanya lagi.
Ekoran kegagalan Che Ta dan suaminya untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat susulan hal yang berlaku dab mungkin turut disertai mangsa-mangsa lain pasangan suami isteri ini.
“Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Orang Tegur Saya Dah Gemuk,” – Shahida Ditegur Kian “Tembam’, Perjelas Sudah ‘Tutup Kilang’
Memuat naik status di laman sosial miliknya, jelas Datin Seri Shahida, semakin ramai yang menegur berat badannya yang semakin naik, namun suami, Datuk Seri Aliff Syukri satu-satunya yang menegaskan dia masih kurus.
Jelasnya, jawapan penyedap hati yang diberikan mungkin kerana mahukan seorang lagi anak pada tahun hadapan.
“Di saat semua orang tegur saya dah gemuk… @aliffsyukriterlajaklaris lah satu2 nya orang yg kata tak u masih kurus….
“Dengan harapan tahun depan dia nak baby lagi…….dah tahu dah maksud pujian dia….tapj saya dah tutup kilang Insya Allah,” tulisnya.
Netizen turut bersetuju dengan kenyataan isteri usahawan itu dan menyatakan mendidik anak-anak bukan mudah walaupun punya kemampuan daripada segi kewangan.
Sekadar makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram DS Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masanya Tepat Untuk Saya Kongsi Gaya Kegemaran,” – Jual Baju ‘Street Wear’ Sendiri, Semua Orang Boleh ‘Jadi’ Macam MK K-Clique!
Sebagai jaminan masa depan, penyanyi rap terkenal MK K-Clique kini muncul dengan jenama pakaian ‘street wear’ yang dikenali sebagai Threeotwo (302).
Diilhamkan oleh dirinya sendiri bersama bantuan ‘skuad’ kreatifnya, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 25, menyimpan hasrat semoga jenama yang baru diusahakan ini menjadi satu ‘branding’ yang besar di peringkat serantau.
“Perkataan ‘threeotwo’ itu membawa maksud hukuman gantung sampai mati. Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering saya sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
“Kiranya dalam rap, saya seperti seorang yang menjatuhkan hukum. Memandangkan perkataan tersebut sinonim dengan saya malah peminat pun sudah sedia maklum, jadi saya gunakan ia untuk jenama bisnes sulung saya ini. Lebih mudah untuk diingati,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauhmana keterujaannya di dalam mengusahakan jenama pakaian tersendiri ini, bintang asal Tawau, Sabah ini mengakui dia ingin berkongsi citarasa di dalam fesyen dan gaya hariannya bersama peminat.
“Sebelum ini mungkin ada yang kenali saya menerusi lagu sahaja. Jadi kini masanya tepat untuk saya kongsikan perihal gaya kegemaran pula.
“Malah saya sendiri tidak sangka bila kebanyakannya teruja dan tidak sabar untuk menantikannya sebaik saya memberitahu akan mengeluarkan pakaian atas jenama sendiri.
“Jangan risau kerana harganya mampu milik dan sesuai. Saya faham peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan. Mereka yang berminat boleh mendapatkan menerusi www.threeotwo.com atau menerus instagram.
Selain berkongsikan perkembangan terbarunya itu, MK turut ditanya mengenai penglibatan bersama jemaah tabligh baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi ramai.
Tegasnya, pembabitan bersama golongan itu bukanlah untuk berhijrah secara drastik seperti yang disangkakan. Sebaliknya dia memilih untuk ‘keluar’ untuk cari ilmu dunia akhirat.
“Saya sertainya untuk mencari keseimbangan. Ia juga sebagai antara cara saya untuk insafi diri selain mahu menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kata orang, kalau nak berubah, kita sendiri perlulah usaha dan inilah cara yang saya lakukan. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja,” katanya.
Dia pada masa sama turut menjawab persoalan mengenai kecaman yang diterima kerana masih berani untuk tayang badan di media sosial.
“Saya manusia biasa, tidaklah sempurna dan apa yang terpapar menerusi IG itu merupakan karektor diri. Bahkan, saya pun masih mencari rezeki termasuk di media sosial.
“Cuma kalau nak kaitkan ia dengan aktiviti keagamaan yang saya sertai tempoh hari, ia macam tak adil.
“Saya nak tegaskan di sini, saya tidaklah berubah serta-merta, cuma sedang cuba jadi Muslim yang lebih baik selain nak cari bekalan akhirat. Nak puaskan hati semua memang saya tidak mampu,” katanya lagi.
Foto: MK K-Clique
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI