Bekas pemain bola sepak kebangsaan, R Gopinathan mengumumkan dirinya memeluk Islam hari ini.
Dipetik menerusi Harian Metro, bintang sukan itu turut mengakui telah mengucap kalimah syahadah secara rasmi di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang, kira-kira jam pada 11.00 pagi.
Kongsinya seperti yang dipetik, dirinya sudah lama tertarik dengan Islam apabila sering melihat rakan solat dan menjalani kehidupan sebagai muslim.
“Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hari ini hati saya terbuka mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi.”
“Saya ditemani ibu saudara hari ini dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” katanya seperti yang dipetik.
R. Gopinathan yang kini merupakan beraksi untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA difahamkan menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra.
Pada masa sama, pemain berusia 30 tahun itu juga menjelaskan, hasrat tersebut sudah diketahui keluarganya dan diterima baik.
“Sebelum ini ada tiga empat saudara terdekat saya memeluk Islam, saya banyak perhatikan cara kehidupan mereka selain melihat rakan Islam lain.
“Apabila melihat mereka solat dan menjalani ibadah membuatkan saya tertarik,” katanya lagi.
Pada 2016, Gopi menyertai skuad Selangor setelah enam tahun menyarung jersi skuad Tok Gajah.
Dia kemudiannya menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad Johor Darul Takzim pada 2017.
Video pemain yang dirakam sedang mengucap dua kalimah syahadah turut viral dan dikongsikan pengguna media sosial.
— Hafiq (@kapitkelabu) October 9, 2019
Sumber/Foto: Harian Metro/Twitter Kapitkelabu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI