“Kirana tu Malique yang bagi,” itu kata penyanyi Zizi Kirana apabila ditanya mengenai nama komersialnya itu ketika ditemu bual Fify dan Hydar menerusi program Podcast Malam Jumaat, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, rapper berkenaan sudah dianggap sebagai abang sendiri dan Malique merupakan orang yang bertanggjungjawab memberi keyakinan buatnya untuk terus berkarya dalam nyanyian.
“Dia macam abang aku. Dekat mana-mana aku rasa dia ada dekat sebelah. Ada bayang dia.
“Dalam rap, dia yang banyak ajar saya sebenarnya. Kalau dia tak push saya untuk lakukan rap dalam lagu bersama Nukilan, saya tak akan rap,” katanya lagi.
Muncul dengan single terkini, Eh, bintang asal Sabah ini turut berjongsi makna di sebalik nama tersebut serta punca yang menyebabkan dia menggunakan itu hingga sekarang.
“Kirana tu ertinya cahaya yang bergemerlapan. Dia yang tukar nama tu sebab dulu orang selalu ingat Zizi AF7 atau Zizi The Fabulous Cat.
“Katanya kalau nak teruskan secara solo, saya kena tukar nama supaya orang tidak lagi ingat bayangan lama. Macam ngam, sampai sekarang saya gunakan nama itu,” terang Zizi.
Sinonim menerusi lagu Nak Ke Tak Nak, Zizi antara lain turut bercerita mengenai penglibatan seninya sejak awal selain perkembangan kerjaya lainnya.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil mulai terjun secara profesional dalam nyanyian selepas Akademi Fantasia Musim 7.
Selain pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats, Zizi sebelum ini juga pernah menyertai program realiti TV popular Indonesia D’Academy Asia musim kedua.
Foto: Instagram Zizi Kirana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI