Kisah 27 Penyanyi, ‘Hujan Daun Terup’, Simbolik Darah Aina Abdul Iras Lady Gaga & Munculnya Tok Ti Antara Warna AJL34, Ini Corat-Coret Menarik Yang Akan Diingati Sampai Bila-Bila

Share

Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) sudah pun melabuhkan tirainya dan edisi kali ini menobatkan Sumpah nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai pemenang utama, mengetepikan 11 barisan lagu lain yang bersaing.

Selain barisan pemenang yang diberi perhatian, pelbagai kisah menarik sepanjang AJL34 yang disiarkan di TV3 turut menjadi tumpuan ramai.

Ini dia antara corat-coref AJL34 yang menarik untuk dikongsikan. Check it out!

Bukan 17 tetapi sebenarnya 27 orang penyanyi telah diundang untuk membuat persembahan pembukaan AJL tahun ini. Datuk Syafinaz Selamat menambah, daripada 27 penyanyi itu, 10 daripadanya ialah ahli Koir Kebangsaan.

Sementara 17 penyanyi lain yang terdiri dari Adibah Nor, Misha Omar, Lah Ahmad, Liza Hanim, Marsha dan ramai lagi pula adalah gandingan penyanyi yang pernah meraih anugerah Vokal Terbaik dan mereka yang bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34.

Seramai 10 orang juri profesional telah dilantik AJL tahun ini dan Ajai bertindak sebagai ketua juri. Cat Farish turut berada di kerusi juri menggantikan Allahyarham Faizal Uzir atau Lok-U.

Persembahan Aina Abdul yang menyampaikan lagu Sumpah dengan mengenakan persalinan putih lalu tiba-tiba keluar darah dari bahagian dadanya dilihat hampir sama dengan persembahan bintang Pop, Lady Gaga di Anugerah VMA pada tahun 2009 lalu.

Ketika Akim & The Majestret membuat persembahan menerusi lagu Rampas, Axiata Arena ‘dihujani’ dengan daun terup khas yang turut mempunyai wajah kesemua anggota wajah ahli kumpulan berkenaan.

Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian apabila muncul di dalam persembahan Haqiem Rusli sementara Nabila Huda juga turut sama hadir ke pentas AJL tahun ini untuk lagu Ragaman.

Ramai peminat yang tidak berpuas hati apabila mikrofon Datuk Seri Nurhaliza tidak berfungsi pada awal nyanyiannya. Bagaimanapun, komposer Anta Permana, Hael Husaini menjelaskan situasi berkenaan adalah sesuatu yang normal di dalam sesebuah persembahan secara langsung.

Penampilan penerbit, Datuk A.Aida yang hadir ke AJL34 dengan tidak mengenakan hijab nyata ‘memancing’ mata ramai. A.Aida merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinfa Kita nyanyian Hafiz Suip.

Naim Daniel menjelaskan sebelum ini ada konsep lain untuk dibawa, bagaimanapun dia dan team sepakat untuk membawa konsep ilustrasi ini di AJL34. “Perancangan Allah lebih baik,” katanya ketika sidang media.

Gamat satu stadium apabila dari kejauhan, figura terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mula menaiki tangga bagi mengiringi persembahan Bob. Ia kemunculan pertamanya di AJL selepas 12 tahun. Pada masa sama, ramai yang memuji penampilan Tok Ti semalam!

Published by
MH