Iklan Hari Raya terbitan Bateriku.com yang menampilkan Amir Nafis, Pekin Ibrahim, dan Mona Allen mencuri perhatian apabila mengangkat kisah menyayat hati tentang trauma anak akibat perceraian ibu bapa.

Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan berjudul Battery Killer Raya itu turut dikongsikan semula di platform X, dengan ramai pengguna memuji mesej mendalam yang disampaikan.

Sebagai episod terakhir dalam siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar watak misteri yang sering merosakkan bateri kereta setiap kali musim perayaan.

Trauma Silam, Dendam Masa Depan

Dalam penceritaan dramatik ini, Amir Nafis membawakan watak Syawal, seorang individu yang secara sengaja ‘membunuh’ bateri kereta orang lain pada setiap musim perayaan. Namun, tindakannya bukan tanpa sebab.

Syawal mengalami trauma sejak kecil selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar hebat ketika perjalanan pulang ke kampung pada Hari Raya 15 tahun lalu. Punca utama pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Ads

Kesedihan dan dendam terhadap insiden itu mendorong Syawal untuk melakukan perbuatan yang sama terhadap orang lain, sebagai simbolik kepada kesakitan yang pernah dialaminya.

Namun, dalam satu babak penuh emosi, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari betapa pertengkaran mereka telah memberi kesan mendalam kepada kehidupan Syawal.

Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Gaduh & Cerai, Ramai Puji Iklan Raya Amir Nafis, Pekin Ibrahim & Mona Allen Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Gaduh & Cerai, Ramai Puji Iklan Raya Amir Nafis, Pekin Ibrahim & Mona Allen Kisah Anak Trauma Gara-Gara Ibu Bapa Gaduh & Cerai, Ramai Puji Iklan Raya Amir Nafis, Pekin Ibrahim & Mona Allen

Ads

Dipuji Warganet

Iklan ini mendapat pujian ramai kerana bukan sahaja mengetengahkan isu serius seperti kesan perceraian terhadap anak-anak, tetapi juga menekankan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.

Warganet turut menghargai kritikan sosial yang disampaikan, dengan ramai yang bersetuju bahawa pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan trauma jangka panjang.

Selain itu, ramai yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, di mana anak-anak sering menjadi mangsa apabila kisah rumah tangga ibu bapa didedahkan di media sosial.

Ads

Lebih daripada sekadar iklan, Battery Killer Raya dianggap sebagai peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak.

Ada juga yang berpendapat, anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, sebagaimana orang dewasa mahu dihormati.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI