Memulakan langkah sebagai anak seni sejak 2014 ketika menyertai pertandingan realiti Ceria Pop Star musim kedua, penyanyi dan komposer, Chubb-E tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam mengejar cita-cita.
Pernah menghasilkan single Aku Tak Kisah dan Kita Cuma Kawan, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy kini muncul dengan single solo ketiga berjudul Padan Muka.
Lagu bergenre urban Hip Hop yang juga hasil ciptaan sepenuhnya itu dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman FutureMusic Entertainment.
Menurut bintang berusia 20 tahun ini, lagu tersebut dihasilkan sejak Ogos tahun lalu dan lirik adalah mengenai kisah sebenar dirinya dalam mencapai impian sebagai pemuzik dan anak seni.
“Mengikut perancangan asal, lagu ini dicipta untuk saya berkolaborasi dengan penyanyi wanita asal luar negara. Masa jumpa dia, saya memang nak bekerjasama dengannya. Jadi, saya cuba cipta satu lagu yang sesuai dengan kami. Sebab itu ambil masa lama sebab nak cari nota lagu yang sesuai.
“Namun, lama kelamaan artis itu menghilang. Dalam masa sama, dia ada masalah tersendiri. Syarikat rakaman pula mendesak untuk saya keluarkan juga lagu ini dengan artis lain. Tapi, bagi saya lagu ini tak sesuai dengan penyanyi lain. Apabila fikir semula mungkin bukan rezeki saya untuk ‘feat’ dengan sesiapa. Jadi, saya keluarkan saja lagu ini secara solo.
“Lagu ini adalah kisah benar mengenai diri saya yang pernah dipandang rendah, diejek dan orang tak percaya boleh pergi jauh. Malah, kawan sekolah juga tak terlalu percaya dengan impian saya. Mereka pandang rendah dengan cita-cita saya. Sebab mereka berasakan terlalu pandai dan saya pula lemah dalam akademik.
Ads
“Tapi apabila sudah berjaya dan capai sasaran, tiba-tiba ramai datang termasuk yang pernah ejek dan pandang rendah. Dalam masa sama, orang boleh menjadikan lagu ini sebagai inspirasi dan kaitkan dalam diri masing-masing jika melalui perkara sama,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu itu, Chubb-E yang juga bekas juara program Ceria Megastar 2018 mengakui masih mengekalkan genre muzik sama yang disifatkan sebagai ‘forte’ dan identity dirinya.
“Dari dulu saya bermula dengan genre ini yang mana ia juga ‘forte’ saya. Macam mana sekali pun bunyi saya gunakan, ‘mood’ lagu saya bawa tetap ada bunyi Hip Hop. Tak boleh lari.
“Kalau buat pop balada sekali pun, tetap akan ada sentuhan bunyi Hip Hop. Ini adalah identiti saya sebab nak dikenali sebagai artis Hip Hop yang versatil. Ada juga saya buat lagu pop untuk artis lain, tapi bunyi Hip Hop tetap ada. Jadi saya akan kekalkan muzik ini,” katanya.
Ads
Bercerita mengenai kerjaya seninya, Chubb-E yang turut terbabit dalam program Dansa Sing bersama Youngsters Crew dalam perancangan untuk menghasilkan ‘mix tape’ atau album EP yang memuatkan lagu Hip Hop rap sepenuhnya.
“Perancangan akan datang, saya nak mencipta dan menerbitkan lebih banyak lagi lagu untuk artis lain. Bagi saya, perancangan untuk berkolaborasi dengan artis lain saya rasa belum masanya. Saya nak kena cukupkan lima single solo dulu.
“Saya juga merancang nak keluarkan ‘mix tape’ atau EP yang mengandungi keseluruhan lagu rap untuk peminat saya dengar. Genre lain, saya nak cuba pelbagai lagi, tapi masih ada sentuhan bunyi Hip Hop. Saya merancang nak cipta lagu yang lain daripada lain untuk pendatang baru seperti saya. Macam sekarang ramai komposer Hip Hop terkenal.
Ads
“Cuma, saya harap dengan kehadiran saya ini orang boleh bezakan kami. Saya punya bunyi lain, mereka pun lain,” katanya.
Video muzik lirik lagu Padan Muka boleh ditonton di saluran YouTube FutureMusic Entertainment.
Video muzik lirik yang dimuat naik sejak tiga minggu lalu itu ditonton lebih 30,000 kali tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menurut BBC, aktor Taiwan-Kanada, Godfrey Gao dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan di set penggambaran realiti show, Chase Me.
Menurut penerbit rancangan, aktor berusia 35 tahun ini secara tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu acara larian bersama pasukan. Usaha menyelamatkannya gagal selepas pasukan paramedik memberikan bantuan selama dua jam.
Pelakon kelahiran Taiwan dan Kanada ini merupakan satu-satunya model pertama dari Asia yang mengikat kontrak bersama jenama mewah, Louis Vuitton.
Mendiang turut mencipta nama menerusi The Mortal Instruments: City of Bones.
Sumber : BBC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Nur Sheila Hassim menceritakan detik cemas selepas anak sulungnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dahinya dikatakan terkoyak gara-gara terhantuk bucu pintu.
Menurut Sheila, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan Lan baru sahaja meninggalkan rumah untuk menonton konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kepalan GV8) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya semalam.
Katanya lagi, setelah mendapat panggilan daripada ibunya, pasangan tersebut segara berpatah balik untuk membawa anaknya itu ke Unit Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Alkisah malam tadi. Mommy dan daddy dah keluar rumah nak ke PICC untuk ke GV. Baru keluar dalam tiga minit, nenek call mintak patah balik sebab dahi Kak Long koyak katanya.
“Adeh, macam nak meletop dada mommy. Sepanjang nak patah balik tu rasa lambat naw lampu tu nak hijau. Siap sempat la mommy playback cctv,” jelasnya.
Detik cemas tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada empat orang cahay mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Sheila menyifatkan insiden tersebut sebagai lumrah dan kebiasaan bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
“So nampak la punca kejadian. Terhantuk bucu pintu kaedahnya. Adoi la anak, gitu la sementara nak besar kan.
“Nampak gayanya macam next week je la mommy daddy ke PICC ya,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat anak sulung kepada Sheila itu.
“Allahuakbar. Seram tengok. Get well soon ye Kak Long.
“Allahuakbar semoga cepat sembuh Kak Long.
“Semoga akak akan kembali sihat sepenuhnya.
“Semoga selamat dan tiada yang serius luka tu ya. Jangan koyak-koyak dah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Lantaran itu, Sheila dan Lan difahamkan terpaksa menangguhkan hasrat mereka ke konsert GV bagi menunjukkan sokongan pada rakan-rakan artis yang bertanding.
Sekadar informasi, Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.
Hasik perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab.
Dari Zaman ‘Freehair’ Bella Dally Bukan Jenis Gadis ‘Nakal’ Dan Liar
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan MH untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Perkongsian video terbaharu daripada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, di Instagram pada Isnin menjadi perhatian netizen apabila dia mengenang perjalanan hidupnya bersama isteri,...