Kisah Betulkan Kaca Mata Oleh Lelaki 50-an Di Sri Lanka, Sisi Murni Lelaki Ini Buat Nazim Othman Terharu

Share

Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini telah menikmati percutian di kepulauan Maldives selama beberapa hari.

Bagaimanapun, berlaku insiden kecil telah menimpa bintang Monalisa itu apabila kaca mata bahagian cakuk sedikit bengkok akibat dari tindakannya terduduk di atas kaca mata hitam berkenaan secara tak sengaja.

“I wanna share something with U.. Baru-baru ni on the way to Maldives, saya terduduk atas spek mata saya dalam flight.

“Habis la bengkok dia punya cangkuk. Saya pun terkial-kial la nak kasi elok balik, tapi after awhile I gave up sebab takut kang patah pulak, sia-sia je,” kongsi Nazim.

Bagaimanapun, Nazim terus ke kedai cermin mata setibanya transit di Colombo, Sri Lanka untuk membaiki bahagian kaca mata yang rosak itu.

“Dipendekkan cerita , masa transit kat Colombo, saya terus pegi carik kedai cermin mata dengan harapan, boleh la kot mintak tolong staff situ betulkan.

“Staff yang jaga tu sorang pakcik dalam umur 50-an. Saya pun tunjuk la cermin mata saya pastu tanya sama ada dia boleh tolong.

“Digodek-godeknya spek mata saya dalam 5 minit and wallllllllllaaaaaah, elok balik. Yey! Saya nak bayar dia boleh cakap “it’s ok, keep your money, it’s just a small matter” I replied “thank U sir, may God bless U” . “May God bless U too” he said,” maklumnya.

Namun situasi yang berlaku di antaranya bersama insan berkenaan di lihat jauh lebih dari hanya sekadar bantuan membetulkan kaca mata.

“I know it sounds just like an ordinary simple story. However if U look from another perspective, it clearly shows that genuine and kind people still exist.

“U have no idea how I was smiling cheek to cheek after that.  It’s wonderful how a simple act of kindness could make someone’s day. He made my day and I believe he felt glad he helped a stranger like me too.

“Dalam dunia hari ni di mana kita selalu dengar / baca berita pasal keganasan, negativiti, gosip dan sebagainya yang tak elok, it’s a relief to know that our world isn’t just that. Kind and genuine people still exist. If U can’t find one, be one,” tulis Nazim panjang lebar.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai dan rata-ratanya terharu atas perkongsian Nazim.

Dalam perkembangan lain, Nazim kini sibuk di lokasi drama rantaian Cintai di samping Ayda Jebat, Shawan Hassan, Raysha Rizrose dan ramai lagi.

Foto: Instagram Nazim Othman

Published by
MH