Kisah kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.
Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobigrafi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Berdasarkan laporan, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.
Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal ini.
Ads
“Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengerjakan projek rahsia dengan MarcPlatt. Dia sentiasa membuat filem kegemaran saya… Nantikan,” kongsi Britney pada pagi jumaat
Ads
Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.
Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah berlakon bersama, aktres Noorkhiriah turut melahirkan rasa sedih seterusnya menitipkan doa agar Nad Zainal, 32, segera diberikan kesembuhan.
Berkongsi di laman Instagram, Noorkhiriah, 43, memuat naik sebuah artikel yang menulis mengenai Nad yang mencontohinya sebagai pelakon berhijab.
“Nad nanti dah sihat, banyak perkara akak nak kongsi dengan Nad. Akak tak sempat kongsi apapun sebenarnya. Pada akak, semuanya secara tiba-tiba.
“Nad pakai tudung pun tiba-tiba, bila Allah nak bagi hidayah. Nad sakit pun tiba-tiba, bukan akak saja terkejut rasanya ramai yang terkejut.
“Nad rajin kemas kini Instagram, tiba-tiba akak tengok senyap. Rupanya Nad bertarung nyawa. Nad dalam ramai-ramai kenapa Nad jadikan akak contoh. Akak belum betul jalannya,” tulis Noorkhiriah di ruangan kapsyen.
Dalam entri sama, Noorkhiriah berkata dia dan Nad sempat menjalani penggambaran drama Matahari Tak Bercahaya dan memuji kemurahan hati Nad yang telah ‘menyedekahkan’ baju serta tudung yang dipakai ketika shooting kepadanya.
“Kita bekerja hanya dua hari dalam Matahari Tak Bercahaya, tapi akak selesa dengan Nad. Baju penggambaran drama itu banyak Nad bagi akak dengan tudung sekali.
“Nad baik ramai sayang. Bertali arus kawan-kawan datang ziarah Nad tadi. Akak tahu Nad kuat.
“Selepas saja berhijrah, Allah uji Nad sekuat ini. Bangun ya dik. Doakan Nad Zainal terus ya semua. Moga Allah angkat doa kalian. Terima kasih semua,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nad dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Ampang, Selangor selepas dijangkiti kuman dalam paru-paru.
Tahap perkembangan kesihatan Nad juga sering dipantau pelakon Ungku Ismail Aziz yang merupakan rakan artis terdekat dengannya pada ketika ini.
Malah bapanya, Zainal Abidin berkongsi keadaan terkini setakat awal malam tadi kepada media, seterusnya meminta ramai mendoakan yang baik-baik buat anak tunggalnya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Noorkhiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, figura terkenal media sosial di Malaysia juga turut memanfaatkan media sosial masing-masing dengan secara lantang Pempengaruh menyatakan soladiriti terhadap saudara di Gaza, Palestin termasuk Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina.
Menurut Hafiz, sebagai individu yang punyai kelebihan pengikut di media sosial, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah dan menyuntik kesedaran kepada orang ramai.
“Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.
“Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran,” katanya.
Justeru, Hafiz dan Aina tampil dengan sebuah video berjudul Message for P yang menggunakan perantaan bahasa Arab sebagai medium untuk menyebarkan mesej lebih meluas secara global.
“Harapan saya agar mesej itu didengari dan difahami secara terus oleh saudara Islam kita di Gaza.
“Dalam video ini, tanda menghulurkan tangan sebagai simbolik soladiriri untuk mengajak semua pempengaruh dan pengguna sosial media untuk bersama-sama menyambut perjuangan ini,” jelasnya.
Video berkenaan sudah pun menerima lebih 80,000 tanda suka disusuli dengan pelbagai komen positif yang meniup semangat.
Hafiz yang juga pengasas Ainaa Beauty baru sahaja selesai menghasilkan 10 siri kisah transformasi pengguna Ainaa Beauty menyedari akan tanggungjawab sebagai influencer dan usahawan untuk menyebarkan kesedaran solidariti palestin kepada seluruh dunia.
Seramai 70 orang yang terlibat dalam penghasilan video tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan usahawan Ainaa Beauty. Perancangan video solidariti ini juga mengambil masa kurang daripada tiga hari.
Dalam pada itu, Hafiz turut mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh dan selebriti yang menikus dengan tidak menyatakan soladiriti terhadap Palestin di media sosial.
“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk membantu saudara kita disana. Ada yang hanya berdoa, ada yang beri sumbangan dan ada yang gunakan pengaruh media sosial untuk memberikan kesedaran.
“Saya tahu, bila bercakap soal Palestin ia sedikit sebanyak memberi kesan pada sistem algoritihm media sosial kita dan berisiko di-banned. Tapi saya percaya, banyak alternatif lain yang kita berjaya buat untuk terus sebarkan kesedaran ini.
“Contoh, dalam video saya. Saya namakan ia “Message for P”. Tidak menggunakan nama Palestin sebab video itu mungkin disekat & mesej yang kita nak sampaikan tu gagal,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu pembuangan bayi bukanlah satu isu baru pada masa kini.
Isu tersebut kini menjadi semakin berleluasa dalam kalangan remaja khususnya.
Bagaimanapun,selebriti Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap isu sedemikian dan memohon ‘anak syurga’ itu diberikan kepadanya.
“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby wahai sahabat. Saya akan usaha beri kehidupan yg terbaik utk si Baby dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nak menjaga dia.. kenapa buang mcm ni????,”tulisnya kesal.
Tambah Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, dia memohon orang ramai agar bayi tersebut diberikan kepdanya, dan jangan terlalu mudah untuk membuang bayi yang baru dilahirkan.
“Please adik,kakak,makcik…kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah ABBY ABADI.. sy usahakan duit belanja utk baiki keadaan juga.. PLEASE!!!! ,” tambah Abby.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sifat terpuji Abby yang sanggup untuk melindungi dan menjaga anak syurga itu.
Foto : IG Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.