Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu.
Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan perjalanan hijrahnya turut diuji dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi pendapatan.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memudahkan urusannya.
“Betullah bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Lepas tu tak berhijab lagi tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istoqomah dalam hijrahnya.
Ads
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Baru-baru ini, pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim telah berkongsi gambar ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama kedua-dua isterinya di kampung tercinta.
Dalam pada itu, peminat turut memuji keluarga bintang pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu yang kelihatan sangat bahagia dan harmoni bersama.
Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Pelakon, Nur Fazura menjelaskan dia hanya menjawab soalan yang diajukan wartawan mengenai perkara yang telah ditularkan oleh peminat tegar seorang individu, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fazura berkata, jika dia tidak menjawab soalan tersebut, lain pula hal yang akan berlaku nanti.
“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya saya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu saya baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.
“Respons saya adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah saya yang memulakannya. Untuk apa?
“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada saya dan keluarga selama ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram.
Tegas Fazura lagi, meski dirinya memberi fokus pada hal sendiri dan keluarga termasuk suami, namun masih menjadi sasaran.
“Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?
“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Amin,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil membuat kenyataan berkaitan kontroversi membabitkan kakaknya, Oktavia Manrose dan sahabat baik, Bella Astillah yang diperkatakan sejak semalam, Aprena Manrose menjelaskan, dia tersepit.
Memuat naik perkongsian di Insta Story beberapa jam lalu, ulas Aprena, dia serba salah apabila kemelut melanda individu yang rapat dengannya. Namun, menegaskan tidak berhak untuk masuk campur urusan rumahtangga orang lain.
“Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah di antara kemelut yang membabitkan kakak, Oktavia Manrose dan sahabat baik, Bella Astillah.
Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, dia mengakui salah tetap salah dan tidak pernah mempertahankan kakaknya.
“Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah, dia sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini,” tambahnya lagi.
Berdoa agar kemelut yang melanda dapat diselesaikan secepat mungkin dan secara aman oleh kedua-dua pihak.
“Cuma pada akhirnya, saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial.
“Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.”
Tegas Aprena, Aliff sebagai lelaki seharusnya mengambil tanggungjawab meleraikan kekusutan.
“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab, ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala gala kekusutan,” ulasnya memohon agar netizen tidak terus menghukum.
Hubungan rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi dilanda ombak apabila pelakon lelaki ini buat sekian kalinya didakwa berlaku curang. Aliff sebelum ini pernah dikaitkan dengan Afifah Nasir, adik kepada Anzalna Nasir.
Foto : Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!