Adik kepada Emma Maembong, Ahmad Maembong mengakui kisah percintaannya tidak menarik untuk dikongsikan kerana asyik gagal temui cinta sejati.

Malah katanya kepada MH, kisah cintanya sudah pun berakhir bulan lalu dan kini hanya mahu fokus kepada kerjayanya sahaja selepas ini.

“Kisah peribadi saya tidak best… Asyik couple break. Memang tidak ada yang melekat. Mungkin disebabkan oleh saya yang mungkin tak pandai nak ‘sweet-sweet’. Bukan ‘taste’ tinggi.

“Buat masa sekarang, saya tak mahu lagi fikir mengenai cinta lagi. Nak fokus dalam bidang ini, kumpul duit terus kahwin je kot. Saya sekarang berusia 26 tahun,” katanya jujur.

Ahmad pada masa turut merancang mahu menamatkan zaman solo kira-kita tiga tahun dari sekarang.

IKLAN

“Last bercinta bulan lepas. Sekarang sololah, fokus kerja terlebih dahulu. Buat apa yang saya minati terlebih dahulu.

“InsyaAllah lagi tiga tahun kahwinlah kot. Sebab kalau fikir fasal teman wanita, duit akan habis dekat teman wanita… Sebab sayangkan?,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad bakal menerusi filem aksi pertama Orang Kurang Upaya (OKU) berjudul Garang. Diterbitkan Sakti Films Sdn Bhd, ia bakal ditayangkan 5 Disember depan.

IKLAN

“Kalau nak diikutkan, ini merupakan lakonan ketiga saya, tetapi Garang adalah watak yang paling menonjol pernah dilakonkan setakat ini.

“Saya buat sendiri, misalnya ketika babak kerusi roda saya diikat pada van dan kemudiannya ditarik dan pergaduhan. Malah, untuk adegan jatuh pun, ada pelakon stand in tetapi saya mahu lakukan sendiri.

IKLAN

“Mengapa saya nak buat sendiri? Sebab saya nak buktikan pada mereka yang di luar sana insan kelainan upaya juga mampu buat perkara sama macam pelakon lainnya.

“Malah kalau diberi peluang lagi selepas ini dengan aksi yang lebih mencabar, saya memang nak buat. Kalau boleh saya pun teringin untuk bawa watak gangster,” jelasnya lagi.

Selain Ahmad, Garang arahan Kan Varren turut dibarisi pelakon lain seperti Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Pablo Amirul, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=tfAGllpIQNk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI