“Kisah Sepasang Kasut,” – Biar Miskin Namun Tenang, Fedtri Yahya Kongsi Kisah Di Urfa

Share

Berkongsi kisah sayu di bandar Urfa, Fedtri Yahya menjelaskan kehidupan masyarakat di sana serba kekurangan namun penuh ketenangan.

“Kisah sepasang kasut… Kemiskinan mengajar erti tabah dan tenang dengan kekurangan,” tulisnya.

Hos popular ini turut mendedahkan betapa hebatnya amalan sedekah secara rahsia dalam meraikan penduduk kurang bernasib baik di sana sepanjang tahun.

“Di kawasan bandar Urfa ni, ada restoran yang tiap-tiap petang masak untuk 1000 orang! Untuk diagihkan kepada fakir miskin. Tapi tak tahu siapa yang sedekahkan. Semuanya secara rahsia.

“Khabarnya melalui akaun tertentu. Yang datang ambil makanan ni memang jelas nampak kesusahan mereka. Cuma ada yang datang selindung-selindung dan menutup muka. Bukan hari tertentu je. Sepanjang tahun! Tiap-tiap hari.

“Fakir miskin takkan kelaparan. Ada dapur yang masak untuk mereka. Hebat bukan? Kuasa sedekah,” kongsinya lagi.

Kehadiran Fedtri di sana bagi merungkai kisah Nabi Ulul Azmi untuk rancangan Jejak Rasul 2020 di Turki, Jordan dan Palestin.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab