MH seronok baca perkongsian tentang seorang gadis bertubuh gempal pikat hati jejaka Morocco.
Perkongsiannya ini sangat membuka mata masyarakat tentang mentaliti dan bukti sudah tiba masanya untuk semua masyarakat terutamanya kaum lelaki untuk berhenti memandang rendah terhadap individu seperti ini.
Seronoknya, Aiffa Syakirin Abd Majid yang merupakan pengantin perempuan memberitahu di saat mata-mata lelaki lain mentertawakan fizikalitinya, masih ada seorang lelaki yang menganggapnya cukup sempurna.
Kisah mereka bermula apabila Aiffa yang merupakan seorang pengasuh dan pemandu Grab separuh masa telah mengambil seorang penumpang berasal dari Morocco yang kini merupakan suaminya sebagai penumpang untuk ke lapangan terbang Senai.
Menurut Aiffa melalui sebuah portal hiburan, suaminya itu datang ke Malaysia untuk melancong dan singgah ke Singapura. Kerana sikap ramahnya dalam perajalanan mereka menghabiskan masa berborak sehingga tiba ke lapangan terbang.
Selang beberapa hari, Aiffa menerima mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada suaminya itu memberitahu dia sudah balik ke negara asalnya.
Tambahnya, sejak itu mereka terus berhubung melalui pelbagai kemudahan yang tersedia seperti Whatsapp, Skype dan Messenger melalui jarak jauh selama setahun.
Menurutnya, di sana suaminya berkerja sebagai seorang petani, jadi sekiranya musim sejuk tiba dia akan membuat keputusan untuk melancong.
Aiffa berkongsi lagi sepanjang perkenalan mereka, suaminya langsung tidak pernah buatkan dirinya self-conscious atau senang kata tidak ada rasa insecure.
Mengimbau kembali awal perkenalan mereka, gadis bertuah ini memberitahu suaminya ada memberitahu masa awal pertemuan ketika dalam kereta, suaminya itu jatuh cinta dengan kejujurannya ketika berkata.
Malah, dia turut kagum dengan sifat berdikari Aiffa yang berkerja sebagai seorang pengasuh dan pemandu grab separuh masa.
Walaupun tidak pernah keluar dating dan hanya jumpa sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang, Aiffa tetap menerima suaminya kerana dia benar-benar menunjukan kesungguhannya untuk miliki hatinya.
Wahhhh! MH betul-betul rasa kagum dengan cerita Aiffa. Kami rasa sudah tiba masanya untuk semua masyarakat kita mengubah persepsi kita terhadap seseorang.
Jangan menilai seseorang begitu mudah hanya kerana luarannya.
Apapun MH nak ucapkan selamat pengantin baru pada Aiffa dan pasangannya Badr Kebdani.
Nah ini dia beberapa gambar perkahwinan mereka yang telah viral di media sosial baru-baru ini.
SUMBER : Oh Bulan!