Pengacara dan model, Nabil Mahir akhirnya mendedahkan dia dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat kini sedang menyulam cinta. Hubungan yang kian rapat sejak beberapa bulan lalu itu turut diketahui keluarga kedua belah pihak.
Nabil, 31 akhirnya mengakui hubungan mereka sekali gus menjelaskan spekulasi rapat mengenai hubungan rapat yang terjalin di antara keduanya sejak akhir-akhir ini.
“Memang kami mengenali diri masing-masing. Kami juga makin rapat, feelings are there dan apa yang boleh saya beritahu ia lebih dari rakan biasa.
“Bercintalah…baru-baru ini sahaja. Kami kenal sudah lama cuma kami ambil masa untuk mengenali hati budi dulu, itu yang paling penting,” kata pemilik nama lengkap Ahmad Nabil Ahmad Mahir ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai soal perkahwinan, bekas hos program HLive itu memaklumkan fasa tersebut ada diperbincangkan, tetapi ia tidaklah ke suatu tahap yang serius.
Baginya, adalah lebih baik untuk saling hati budi masing-masing terlebih dulu daripada terus terburu-buru.
“Kami juga ada bertemu dengan keluarga masing-masing, saling kenal memandangkan kalau kita mahu ke fasa seterusnya, adalah lebih baik untuk kedua keluarga juga saling mengenali.
“Kita ada bercakap mengenai perkahwinan, tetapi ia hanyalah secara kasualnya sahaja. Kami tidaklah merancang tetapi adalah lebih baik kalau not to jump over so fast.
“Lebih-lebih hubungan ini masih lagi baru dan kami ingin berkongsi. Setakat ini semuanya dalam keadaan baik dan berjalan seperti yang diharap-harapkan.
“Kalau semuanya baik dan barulah kami akan fikirkan ke arah itu,” dedahnya lagi.
Nabil terdahulu ditemui pada Majlis Pelancaran Muzik Video Ayda Jebat, Mana Ada Hati dan Better Than You di Tropicana, Damansara, pada Khamis.
Ikuti temu bual penuhnya bersamanya di sini;
Foto: Instagram Nabil Mahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI