“Kita Akan Tua, Layu Berkedut,”- Isteri Amy Search Percaya Allah Akan Tarik Satu-Satu Nikmat, Doa Suami DilindungiNya

Share

Isteri kepada penyanyi rock senior, Amy Search, Norhasniza Hassan telah meluahkan rasa syukurnya dengan apa yang dimiliki.

Khasnya, atas kurniaan seorang suami yang disifatkan seorang baik dan penyanyang.

Hasniza atau mesra disapa Nourish ada berkongsi perkara itu menerusi Instagram.

“Muka kami Suami Isteri kepenatan kelmarin .No filter.


“Dulu cantik hensem mcm mana pun kita akan tua dan layu berkedut jugak, dulu kita disanjung suatu hari kita akan berada dibawah jgk Allah akan tarik satu2 nikmat dia makan dh tk boleh makan pedas , makan byk skrng dh mula muntah Allahuakbar ..

“Anak2 dh besar masuk remaja sekarang . .


Ya allah berilah kesihatan sihat tubuh bdn Suamiku , jauhkan dia dr manusia hasad dengki dan khianat mati lah kami dlm husnol khotimah mu berilah kami Syurga firdaus mu . Aminnnn . . – love u Syurgaku . @aku.amysearch,” tulisnya.

Lalu, netizen telah memberi pelbagai komen terhadap kedua-dua pasangan ini.

Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14 dan Qaqa At-Tameemi, 10.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak berkesempatan menimang cahaya mata keempat apabila Nourish dikhabar alami keguguran Julai tahun lalu.

Foto : IG Qasander

Published by
Amynur Akmal