Hotel Tenera tetap meraikan selebriti dalam kempen Ramadan mereka meskipun tidak melantik wajah rasmi tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, pihaknya memilih pendekatan berbeza dengan lebih menumpukan kepada ulasan pelanggan untuk meningkatkan kualiti bufet hotel berstatus lima bintang itu.

Hargai Insan Seni

Namun, mereka masih menjemput selebriti seperti Datin Alyah, Ayu Damit, Rina Eva, Osama Yamani, dan Zaki Yamani untuk berbuka puasa serta membuat persembahan.

Menolak dakwaan bahawa mereka serik bekerjasama dengan selebriti, Fadzly menegaskan bahawa pihak hotel menghargai keunikan yang dibawa oleh para selebriti.

“Kita tak pernah serik bekerjasama dengan selebriti. Artis ada kelebihan mereka yang tidak ada pada orang lain, dan begitulah juga sebaliknya,” katanya.

Ads

Mengulas mengenai kontroversi peribadi artis, Fadzly menekankan, Hotel Tenera tidak mencampuri urusan peribadi mereka.

“Kami ambil pendekatan profesional, selebriti tetap selebriti dan ada kelebihan masing-masing.

“Kami juga tidak letak ‘benchmark’ untuk ‘banned’ artis bermasalah,” katanya, sambil menegaskan kesilapan adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia.

“Kita Ambil Pendekatan Profesional,” – Hotel Tenera Ulas Kerjasama Baik Dengan Selebriti, Tak Serik Lantik Wajah Bufet Ramadan “Kita Ambil Pendekatan Profesional,” – Hotel Tenera Ulas Kerjasama Baik Dengan Selebriti, Tak Serik Lantik Wajah Bufet Ramadan “Kita Ambil Pendekatan Profesional,” – Hotel Tenera Ulas Kerjasama Baik Dengan Selebriti, Tak Serik Lantik Wajah Bufet Ramadan “Kita Ambil Pendekatan Profesional,” – Hotel Tenera Ulas Kerjasama Baik Dengan Selebriti, Tak Serik Lantik Wajah Bufet Ramadan

Ads

Tema ‘Serantau Desa’

Sementara itu pada tahun ini, bufet Ramadan Hotel Tenera bertemakan Serantau Desa, dengan konsep bazar Ramadan yang menampilkan lebih 40 gerai makanan.

Antara hidangan istimewa termasuk Nasi Dalcha Lutut Kambing, Kari Kepala Salmon Jawa, Shellout, Rendang Tok Perak, dan pelbagai jenis ikan bakar serta pencuci mulut.

Lebih menarik, durian juga turut disediakan setiap hari untuk pelanggan.

Dalam pada itu, pihaknya terus optimis untuk mengekalkan standard tinggi dalam penyediaan makanan dengan sentuhan Cef Sahisal Azrul Mat Said, yang berjaya membawa hotel ini memenangi anugerah Best Ramadan Buffet selama lima tahun berturut-turut sejak 2019.

Ads

Selain menawarkan promosi harga bilik khas sepanjang Ramadan, hotel ini juga menyediakan surau serta kemudahan solat berjemaah

Imam dari Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi turut dijemput bagi memimpin solat Isyak dan Terawih setiap malam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotel Tenera atau melayari media sosial rasmi mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI