Hos Jihan Muse menjawab teka-teki mengenai khabar angin yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kedua seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial.
Spekulasi tersebut timbul susulan penampilannya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza ke-8 (GV8) yang dikatakan berisi berbanding sebelum ini.
Malah ada yang mendakwa, ‘baby bumpnya’ ibu kepada seorang cahaya mata ini juga sudah mulai kelihatan.
“Saya nak… doakanlah saya hamil. Tapi nampak macam ‘look alike’ kan? Nak buat macam mana. Badan naik musim PKP ni. Salahkan PKP pula… Tak ada. Kita nak tapi mungkin belum ada rezeki lagi.
“Tak betullah… tapi kita naklah doa itu sebab kita memang nak. Kita aminkan sahajalah, tapi belum (hamil) lagi,” katanya yang terbuka untuk berkongsi sekiranya dikurniakan rezeki zuriat selepas ini.
Ditanya pendapatnya mengenai pendirian bakal ibu yang memilih untuk tidak mahu mendedahkan soal hamil pula, Jihan akui apa yang dilakukan mereka ada betulnya.
“Macam saya dulu ketika hamil anak pertama, pada empat bulan pertama saya tak umum sebab kita masih tak tahu lagi ketika itu. Masih di peringkat awal,” katanya.
Jihan bagaimanapun masih menunggu kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.
“Kalau ada rezeki saya memang menantikan. Memandangkan usia anak saya dah nak masuk empat tahun. Saya pun nak cecah 40 tahun.
“Ikutkan dah sesuai sangat dah. Tunggulah… belum rezeki lagi. Doakanlah.
“Kalau mengandung tu bagi saya benda yang baik. Kita pun harapkan doa orang ramai. Mungkin ramai yang ‘tweet’ tu lebih 40 orang, saya aminkan sahaja.
“Kita dah kawin, aminkanlah. Kalau tak kahwin tu seram,” katanya lagi.
Jihan berkahwin dengan suaminya, pelakon Ungku Hariz 20 Mac 2016 dan zuriat pertama mereka, Ungku Arsalan Haq dilahirkan pada 25 Januari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI