“Kita Banyak Berkomunikasi Dari Segi…,” – Aliff Aziz Cerita Pengalaman Berlakon Dengan Sophia AlBarakbah

Share

Pelakon Aliff Aziz menyifatkan komunikasi di antaranya bersama rakan artis, Sophia AlBarakbah, 29, menjadi antara faktor dalam mencipta keserasian di dalam menjayakan drama terbaharu, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Aliff, 31, berkata ia dilakukan demi memastikan masing-masing mempu membawakan watak dengan baik menerusi naskhah 28 episod yang adaptasi daripada novel karya Wawa Akil itu.

“Kita banyak berkomunikasi dari segi perbincangan watak. Daripada penggambaran pertama di set itu kita banyak berbincang macam mana nak cari ‘tune’ untuk jayakan watak masing-masing.

“Misalnya kita buat latihan untuk sesuatu babak dan cuba cantikkan lagi ikut kesesuaian, bersama pengarah. Kalau kata bagaimana nak bina ‘chemistry’, ia lebih kepada komunikasi.

“Apa yang terbaik untuk dilakukan demi memastikan karektor itu nampak ‘hidup’,” katanya kepada MH.

Aliff yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah itu berkata demikian pada Sidang Media Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Mutiara Damansara, pada Rabu.

Ditanya mengenai pengalamannya bergandingan buat kali pertama dengan bintang filem Mimaland itu, Aliff menjelaskan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

“Sekarang ini kita masih lagi berbaki dalam sebulan. Tapi sepanjang tempoh bekerjasama, dia tidak adalah menolak idea saya, pengarah dan sebagainya.

“Pengalaman berlakon daripada awal, its fine daripada segi sudut pekerjaaan. Cuma kebelakangan ini sajalah. Mungkin disebabkan apa yang berlaku sebagaimana yang kita semua tahu.

“Dekat situlah kita boleh nampak komunikasi itu berkurang. Tapi saya rasa tidak ada masalah sebab kita sedia maklum mengenai karektor masing-masing macam mana.

“Kita masih profesional untuk menghabiskan pekerjaan ini. Saya pun tidak tahu hari ini dia tidak hadir (sesi sidang media) memandangkan saya tidak datang dari set.

“Apa-apa yang berkaitan boleh tanyakan pada Sophia juga. Cuma bagi saya, tak adalah ‘pergaduhan’ daripada segi kita nak bekerjasama mengenai watak masing-masing. Itu tidak berlaku,” katanya yang turut akui Sophia memberikan komitmen baik.

Drama berkenaan akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 6 Februari depan terbitan Nuansa Sdn Bhd yang diarahkan oleh Osman Ali.

Selain Aliff Aziz dan Sophia, turut sama terlibat di dalam drama ini termasuk Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH