Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi momen ketika membuat lawatan serta menyampaikan dakwah kepada banduan di Penjara Kajang.
Kongsi Ebit, dia tidak dapat menahan rasa kesedihan apabila melihat keterujaan penghuni penjara yang gembira dapat bertemu secara empat mata bersamanya.
“Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.
Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis.
“Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.
“Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih je. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara.
“Sebak tengok mereka menangis. Kita belum tahu nasib akhir kita. Hanya ampunan dan reda Allah yang kita harapkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian Ebit turut mendapat perhatian dan pujian ramai.
Bukan itu sahaja, rata-ratanya memuji sikap Ebit yang mengambil berat hal semua orang tidak mengira siapa.
Video: Facebook Ebit Lew