Pengacara dan penulis lirik Fedtri Yahya ada berkongsi cerita bersempena dengan ulang tahun kelahiran rakan pengacara dan bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh.
Menerusi entri di Instagram, Fedtri berkongsi cerita ketika awal dalam pembabitan dunia penyiaran.
“Ingat @izwanazirsaleh, Kita bermula sebagai ‘budak comot’ yang mungkin menjadi bahan buli dan keji.
“Hanya ilmu yang akan memperkukuh arah tuju hidup kita. Bakat dikurnia semata-mata untuk mencari rezeki dan mewarnai ruang siaran yang diminati,” tulisnya.
Pada masa sama, hos rancangan Malaysia Hari Ini mendoakan Izwan semakin berbahagia setelah meniti usia 40 tahun.
“Selamat memasuki fasa 40 yang pastinya akan membawa lembaran lebih bahagia in sha Allah.
“Aku akan terus jadi sahabat yang akan marah hang kalau asyik makan #fastfood memanjang Sesekali kena makan organik ya,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Menangis Ketika Dimaklumkan…,” – Syukur Pada Allah, PU Riz Kini Negatif COVID-19
Kini bebas dari jangkitan COVID-19, penceramah bebas yang kini bergelar pelakon, PU Riz mendedahkan dirinya menangis apabila disahkan negatif wabak itu selepas menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menerusi laporan Harian Metro dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat diterimanya pada Sabtu.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.
“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya.
Pada masa sama, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat.
“Kepada doktor dan jururawat, Allah saja membalas jasa mereka. Mereka banyak bantu saya untuk keperluan.
“Kalau ikutkan tugas mereka lagi berisiko tinggi,” katanya yang disahkan positif COVID-19 pada 6 April lalu.
Sementara itu, Riz turut menjelaskan dirinya akan menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.
“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah.
“Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini,” akhiri Riz.
Menerusi Instagram, Riz ada berkongsi satu rakaman video pendek yang antara lain merakam memorinya sepanjang menjalani tempoh rawatan selain memberikan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan.
View this post on InstagramA post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail) on
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram PU Riz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hafiz Mahamad Terbitkan Filem Pendek Sempena Merdeka, Rupanya Ilham Dari Kisah Benar!
Usahawan dan pempengaruh popular Hafiz Mahamad buat pertama kalinya tampil menerbitkan sebuah filem pendek berbentuk eksperimental sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tercintanya, Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda, Datuk Rahim Razali.
Uniknya tentang Kisah Merdeka, ia merupakan hasil terbitan sepenuhnya daripada produksi Ainaa Beauty sendiri.
“Saya dan isteri menghasilkan sebuah karya sempena bulan kemerdekaan, digarap serta diterbitkan sendiri oleh team in house Ainaa Beauty.
“Filem ini dihasilkan dalam masa yang singkat sahaja dan ia mengisahkan perbezaan dua zaman; zaman dahulu (sekitar 1940) dan zaman terkini (2023),” katanya.
Kisah Merdeka menceritakan tentang masyarakat yang dijajah pada zaman dahulu oleh pihak komunis dan pada masa sama ada segelintir masyarakat kini masih dijajah melalui mentaliti yang suka mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain.
“Kesusahan, kelemahan luaran sentiasa menjadi ‘subjek’ penjajah pada mereka yg lemah. Teknologi pula adalah ‘senjatanya’. Nenek moyang kita ajarkan kita tentang ‘bersatu’ agar menjadi bangsa yang kuat. Jika ada yang lemah, pasti akan ada hadir untuk membantu,” katanya.
Apa yang menarik, filem pendek itu juga mengetengahkan kisah sebenar daripada pengguna produk Ainaa Beauty yang berdepan dengan cemuhan netizen.
“Objektif cerita ini adalah untuk memberikan kesedaran jangan salah menggunakan kemodenan teknologi untuk menghina individu yang kelihatan lemah.
“Ia diadaptasi daripada kisah sebenar pengguna Ainaa Beauty yang berhadapan dengan cemuhan netizen disebabkan masalah kulit muka mereka,
“Filem ini adalah permulaan kepada 11 siri cerita yang akan dipaparkan tidak lama lagi yang berkisarkan tentang perjalanan individu berdepan hinaan masyarakat,” tambahnya.
Selain penampilan Syafiqah Aina dan keluarga Ainaa Beauty, filem Kisah Merdeka juga menggunakan suara latar pelakon legenda tersohor, Datuk Rahim Razali.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan rasa rindu dapat mendengar semula suara Datuk Rahim Razali menerusi filem pendek Kisah Merdeka.
Serentak dengan tayangan filem pendek sulung Kisah Merdeka itu, Hafiz bakal memilih tujuh pemenang terbaik daripada komen di ruangan Instagram untuk memenangi saguhati bernilai RM300.
Syaratnya perlulah berkongsi kisah peribadi berdasarkan filem pendek eksperimentasi ‘Kisah Merdeka’!
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima hampir 70,000 tanda suka di Instagram, disusuli dengan respon positif pelbagai warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Britney Spears Dalam Buku Memoirnya Bakal Dijadikan Filem Biopik
Kisah kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.
Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobigrafi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Berdasarkan laporan, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.
BACA JUGA: Britney Spears Kekal Relevan, Lagu Berusia 13 Tahun Kembali Masuk Carta Billboard
Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal ini.
“Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengerjakan projek rahsia dengan MarcPlatt. Dia sentiasa membuat filem kegemaran saya… Nantikan,” kongsi Britney pada pagi jumaat
Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.
Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI