Pengacara dan penulis lirik Fedtri Yahya ada berkongsi cerita bersempena dengan ulang tahun kelahiran rakan pengacara dan bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh.
Menerusi entri di Instagram, Fedtri berkongsi cerita ketika awal dalam pembabitan dunia penyiaran.
“Ingat @izwanazirsaleh, Kita bermula sebagai ‘budak comot’ yang mungkin menjadi bahan buli dan keji.
“Hanya ilmu yang akan memperkukuh arah tuju hidup kita. Bakat dikurnia semata-mata untuk mencari rezeki dan mewarnai ruang siaran yang diminati,” tulisnya.
Pada masa sama, hos rancangan Malaysia Hari Ini mendoakan Izwan semakin berbahagia setelah meniti usia 40 tahun.
“Selamat memasuki fasa 40 yang pastinya akan membawa lembaran lebih bahagia in sha Allah.
“Aku akan terus jadi sahabat yang akan marah hang kalau asyik makan #fastfood memanjang Sesekali kena makan organik ya,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Fedtri Yahya